Thursday, May 29, 2008

Jijik

i - POLITIK

Pengumuman bagi menyertai UMNO oleh Mohamad Ezam Mohd Nor memang sangat-sangat tepat pada masanya. Dan yang menjadikan berita ini lebih sedap, enak, serta lazat lemak berkrim, adalah apabila dua lagi bekas orang kanan PKR turut sama-sama mengumumkan menyertai parti tersebut hari ini.

Bagi saya perkara ini adalah tempelak yang sewajarnya kepada taktik tidak bermaruah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini seharusnya menjadi pengajaran kepada PKR secara umumnya, dan DS Anwar Ibrahim secara khususnya, bahawa taktik bagi mendapatkan ahli-ahli parlimen melompat parti adalah satu taktik yang metah kotor, metah jijik, serta tidak dapat diterima rakyat. Ianya hanya menunjukkan betapa orang itu terlalu tergila-gilakan dan termabuk-mabukkan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Malah Ezam sendiri mengatakan bahawa beliau “tak sangka dia (DS Anwar) akan sampai sanggup pergi sejauh itu (taktik lompat parti).”

Seharusnya PKR lebih memikirkan soal bagaimana mentadbir negeri-negeri yang sudah mereka menangi, serta bagaimana melunaskan janji-janji manifesto kepada rakyat, bukannya bising sana bising sini tentang hendak dapatkan ahli-ahli parlimen melompat parti. Percayalah, kalau lima buah negeri bawah pakatan rakyat sekarang ini betul-betul ditadbir dengan baik, empat tahun lagi rakyat tidak akan teragak-agak pun untuk memberikan mandat sekali lagi kepada mereka. Jadi kenapa harus terburu-buru?

Pun, saya masih sangsi sama ada keputusan Ezam bagi menyertai UMNO adalah keputusan yang sebaiknya, kerana harus diingat, bahawa UMNO-BN adalah partinya yang telah sekian lama mempertahankan akta tidak bertamadun lagi zalim ISA. Malah Ezam sendiri pun pernah menjadi mangsanya. Kalau hendak melihat betapa tidak bertamadunnya akta ini, barangkali video ini dapat memaparkan keadaan yang sebenar-benarnya.

Tapi apabila mendengar alasan Ezam di Buletin Utama TV3 tadi, saya kira dia memang telah membuat keputusan yang betul (sekurang-kurangnya buat dirinya). Waktu ditanyakan adakah beliau tidak takut masuk UMNO dalam keadaan Anwar Ibrahim yang sedang di ambang kemenangan malah diuar-uarkan pula akan menjadi perdana menteri, jawapan beliau sungguh mengujakan: “I don’t support winners, I support the truth.” Fuh lah mak! Cayalah! Feewit! Dan yang lebih mengujakan lagi apabila beliau mengatakan, bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk melawan, “sebab sebelum-sebelum ini pun saya memang dah biasa lawan perdana menteri.” Chewah! Tabik spring untuk dia!

Barangkali kata-katanya itu kedengaran retorik – tetapi hanya masa yang akan menentukan kelak, betul tidaknya.

Pun, terdapat juga desas-desus yang mengatakan bahawa Ezam sebenarnya sudah dibeli. Hal ini dilaporkan oleh Harakah Daily di sini. Tuduhan ini adalah tuduhan yang berat, dan sekiranya tidak benar, maka Ezam seharusnyalah membawa hal ini ke muka pengadilan (saman fitnah). Kalau tidak, perkara ini akan dianggap benar (sekurang-kurangnya oleh saya).


* * * * *


ii - KARYA

Untuk karya bulan ini, puisi saya bertajuk Gula-Gula Berwarna-warni disiarkan di sisipan Tunas Cipta, Dewan Sastera Jun 2008. Terima kasih banyak-banyak kepada Abang Saifullizzan Yahya yang telah banyak membantu saya (yang sebenarnya tak reti pun nak buat puisi, sebab tu lebih selesa buat cerpen) dalam menukangi puisi ini.

Tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan MPR07 yang lain -- Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri dan Nur Iffaizyan Mohd Ghazali yang cerpennya tersiar, juga kepada Jamilah Mohd Nordin yang puisinya turut dimuatkan sama.

Moga pena kalian terus bertinta!

9 comments:

saat omar said...

hehehe...

LuKlUaH nUr JaMiLaH said...

Salam, tahniah sahak Gula-Gula berwarna-warni, bahasa yang catik dan saya yang tak berfikiran kreatif ini perlu baca berulang kali untu faham. Tahniah dan Insyaallah bakal pebilis profilik suatu hari nanti.

Wan Nor Azriq said...

Tahniah buat penulis yang memang sudah prolifik :) semoga selepas ini akan muncul lebih banyak puisi dan juga novel baru.

Syabas juga buat Ezam yang berani mengambil langkah untuk menyertai UMNO di saat orang asyik sebut ahli UMNO akan lompat ke PKR.

Sekian (saya masih menunggu orang UMNO yang akan lompat ke PKR, atau ia hanya impian kosong seorang politikus kita?).

ladymariah said...

bagus juga kalau ezam masuk umno utk meneruskan perjuangan anti korupsinya. hantar korupsi2 tembaga tersebut ke dalam jail.

lagipun, masuknya ezam dalam umno untuk menutralkan keluarnya che det dr organisasi itu. and ezam memang sudah keluar pkr sebelum pkr.

Nazmi Yaakub said...

bagus dan tahniah. belum baca lagi. tak beli lagi pun dewan sastera.

Aidil Khalid said...

Saat Omar,

Apa yang digelakkan tu? =)


Lukluah Nur Jamilah,

InsyaAllah. Sama-samalah kita berusaha!


Wan Nor Azriq,

Lompat si katak lompat. Hehe.


Ladymariah,

Saya sangsi jugak sebenarnya. Mampukah hendak membersihkan UMNO dari dalam? Bukankah hal yang sama dikatakan pernah cuba dilakukan oleh DS Anwar, tapi kemudiannya beliau pula yang disingkirkan.


Nazmi Yaakub,

Terima kasih. Tak ada apa istimewanya pun. Sekadar puisi orang yang baru belajar menulis puisi. =)

Anonymous said...

u r sooooo unpredictable...
only dat i can say based on your writing and thinking...

Aidil Khalid said...

Anonymous,

That's probably because I've never been to any fortuneteller to get my fate predicted. Hehe. Just kidding.

ladymariah said...

adakah kenaikan harga minyak juga tindakan yg saksama dan tepat pada waktunya?

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP