Thursday, May 08, 2008

Mahkamah Syariah Sudah Beri Kebenaran Murtad

Apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan penghakiman dalam kes Lina Joy, ramai kalangan orang Islam yang menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Hal ini kerana, secara zahirnya, keputusan tersebut sepertinya menyebelahi undang-undang Islam yang memandang murtad sebagai dosa yang besar.

Pun begitu, tidak ramai yang perasan bahawa kes Lina Joy sebenarnya tidak membicarakan pun soal murtad. Sebaliknya, kes tersebut adalah sebuah kes yang membicarakan soal administrasi – iaitu soal sama ada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhak mengarahkan Lina Joy untuk mendapatkan surat sokongan dari mahkamah Syariah terlebih dahulu, sebelum boleh membuang status ‘Islam’ pada kad pengenalannya. Itu sahaja.

Cuma yang menjadikan isunya besar, ialah kerana Lina Joy tidak mahu ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan surat pengesahan keluar Islam – seperti yang diminta oleh JPN – kerana beliau merasakan bahawa Mahkamah Syariah sudah tentu tidak akan mengeluarkan surat tersebut. Prasangka Lina Joy ini bukanlah sesuatu yang janggal, kerana selaku institusi yang bertanggung jawab menguat-kuasakan undang-undang syariah, tidak mustahil Mahkamah Syariah akan keberatan mengeluarkan surat perakuan tersebut.

Namun kes yang baru diputuskan oleh Mahkamah Syariah George Town, Pulau Pinang, ternyata membuktikan bahawa prasangka tersebut tidak benar. Mahkamah Syariah di negeri tersebuat telah pun membuat keputusan untuk membenarkan seorang muallaf, Siti Fatimah Tan Abdullah, yang masuk Islam, tetapi kemudiannya ingin keluar kembali dari Islam, untuk murtad. Setakat ini, kes tersebut adalah kes penanda aras dalam soal kebenaran murtad di Malaysia.

5 comments:

khairilazuar@gmail.com said...

Sepatutnya soal agama islam di bawa direst ke mahkamah syariah... dan tidak boleh dirujuk ke mahkamah sivil walaupun apa pun berlaku... sepatutnya mahkamah syariah di bawah jagaan Yang Dipertuan Agong sebab Agong Ketua Agama Islam ..... dan perlu ada undang-undang yang tegas bahawa kalau sudah islan atau memeluk islan tidak boleh keluar ke agama lain.

Bebaskan Raja Petra …. Saksikan pictures pada malam semalam yang sempat aku snap di Penjara Sungai Buloh dalam blog aku….. Disebalik perjuanganmu tersirat keikhlasanmu ……. Ya Allah Kaula Maha Besar, Selamatkanlah Raja Petra dari segala ketidakdilan dan kekejaman ini, Berikanlah Raja Petra keteguhan dan kesebaran iman beliau dalam ujianMu ini Amin ….
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

Aidil Khalid said...

Salam Khairulazuar,

Sebenarnya isu murtad ini adalah isu yang sangat sensitif. Sukar diperkatakan, sebab kita bagaikan diapit di tengah-tengah. Dari satu arah, hukum haramnya murtad, manakala dari satu arah lagi, tentang konsep kebebasan beragama.

Tentang Raja Petra, alhamdulillah, beliau sudah pun bersetuju untuk bayar ikat jamin.

AnakMudaParlimenBatu said...

Kita perlu memilih jalan yang diakui oleh Allah S.W.T sebagai orang Islam yang beriman kepadaNya. Kebebasan agama dibentuk oleh manusia itu sendiri. Kita perlu mengubah perlembagaan supaya semua manusia boleh memilih agama selepas berusia 18 tahun kecuali orang Islam. Ini sudah termaktub di dalam Al-Quran. Kita hendak lawan Allah atau taku pada undang2 manusia.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis.

Muqreez said...

IN THE CASE OF TAN EAN HUANG : KINDLY BE JUDICIOUS

No word can describe the sadness of Muslim to find out that she is no more Muslims and her reversion has been recognised by the Syariah Court.

Nevertheless, besides putting the blame on her and the court for an unprecedented decision, why don’t we point the finger to us and hold responsible on ourselves. Ask ourselves, are we preserving enough the welfare of our new brothers and sisters? Do you guys ever know that the Muallaf deserves to receive Zakah regardless of their financial status?

On the other hand, it is noted that the issue invites bursting emotional responses from Muslim all over the country. But becareful my brothers, we might lost a Muslim who never practices and professes Islam. If we opt to over react, we shall contribute a portion of misconception and fallacy into Non-Muslim’s mind that Islam is a religion which full of force and oppression.

Cont. reading at www.muqreez.blogspot.com

ladymariah said...

kebanyakan isu mertad in terjadi apabila mereka ada mualaf yg masuk islam kerana berkahwin dgn suami islam/ isteri islam tetapi tidak diajar ilmu agama. so, pabila bercerai, mereka tidak dipedulikan. maka kembali ke agama asal.

selain daripada itu, anak juga mungkin akan jadi mangsa apabila mengikut ibu/bapa mualaf yg kembali ke agama asal mereka.

tiada paksaan dalam beragama. pls be open minded!

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP