Saturday, June 21, 2008

Promosi Awal: Bakal Terbit - 10 Julai 2008


Kemunculan pengarang berpotensi ini pasti memeriahkan dunia sastera tanah air
~ Faisal Tehrani, Sasterawan


Apa yang Nysrah tak mahu?

Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!

Kenapa pula Nysrah tak mahu?

Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?

Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.

*****

Aidil Khalid menulis secara telus dan lantang. Penulis muda, mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2007 – anjuran Dewan Bahasa & Pustaka ini, memaparkan isu yang tidak terduga. Pelajar perundangan ini mempertaruhkan naratif yang jitu untuk membawa Bila Nysrah Kata Tak Mahu ke dunia sastera.
___________________________________________________

ISBN No: 978-967-5118-05-0
Harga: RM18.00
Harga pembelian melalui pos: RM16.00 (mulai 10 Julai)
* pos percuma dalam Malaysia
___________________________________________________

p/s: Iklan ini dipetik dari web Jemari Seni Publishings. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.jemariseni.com.

14 comments:

imaen said...

salam Aidil,
Tahniah untuk bakal terbitnya Bila Nysrah Kata Tak Mahu. Selamat menjadi warga kecil penulisan Rumah JS.

Anonymous said...

Salam Aidil,

Selamat datang ke keluarga Jemari Seni. Moga kami dapat belajar sesuatu daripada mantan MPR kita yang seorang ni...

Tahniah untuk novel baru!


Rnysa

Aidil Khalid said...

Imaen,

Terima kasih atas ucapan. Saya juga teruja untuk menyertai keluarga Jemari Seni. =)


Rnysa,

Saya sendiri begitu banyak belajar dari karya saudari. Beberapa tahun yang lalu, ketika saya terjumpa blog enovel RADHA, saya terpesona dengan keindahan cerita yang disulami dengan unsur Islami. Malah tidak keterlaluan andai saya katakan, novel RADHA adalah antara pemangkin awal untuk saya mula-mula menulis (selain beberapa perkara lain).

Nazurah Aishah said...

Salam,

Tahniah atas kelahiran BNKTM. Semoga sukses dan terus bersinar ;)

Nazmi Yaakub said...

tahniah atas novel sulung itu.

Nisah Haji Haron said...

Setinggi-tinggi tahniah. Moga menjadi pendorong kepada mantan yang lain juga!

saat omar said...

Tahniah tahniah.
Dalam sibuk study pun sempat buat novel ek? hehe

Mohd. Fahmi said...

tahniah!

Aidil Khalid said...

Nazurah Aishah, Nazmi Yaakub, Kak Nisah, dan Mohd Fahmi,

Terima kasih, ya, atas ucapan. =)


Abg Saat Omar,

Ala, novel tu ditulis waktu cuti tiga bulan. Sebab tu seronok jadi student ni. Ada cuti panjang. Hehe.

Hafizul Osman said...

tahniah dgn novel pertama ko!owh, dlm diam2 ko tulih novel rupanya.semoga terus berjuang dalam gelanggang yang mencabar ini.

ina marjana ulfah said...

salam aidil, hah kali ni akak membacanya di laman aidil. Satu kejayaan setelah menyiapkan sebuah novel. Tahniah untuk sekian kalinya!!!!

ruby said...

Aidil.

Seperti yang ramai-ramai juga, akak ucapkan tahniah dengan kelahiran buah tangan pertama ini. Selamat datang ke dalam ahli keluarga Jemari Seni juga.

-kak ruby-

Tasik Hijau said...

Aidil...
Akhirnya...
Bangga aku dapat turut serta dalam majlis diskusi tu..
X sabar 13 Julai ni...
Tahniah Dil...
-Hazwan-

لئيبة said...

salam...tahniah atas terbitnya novel sulung...
sy ada baca..BNKTM..menarik sbb sy pon tinggal sbp..so idup nusyrah kat sekolah sebijik ngan idup sy kat asrama...tp ada part yg x paham r..
sbnrnya..khairul nizam tu..betul ke x..ye la dgn konsep dakwah nya...buat keliru..kalau khairul nizam tu dipihak yang betul..nape x de penyesalan ke dlm diri nusyrah dsan kawan2 die kat penghujung cerita tu???boleh buatkan org salah paham..esspecially remaja la..
lagi satu..yg arkam dan rufaqa'...sbb family sy pon slalu gak beli kat situ...
hehe..musykil2..=)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP