Saturday, June 28, 2008

Pertukaran Venue dan Masa

Disebabkan sambutan luar biasa yang diterima, makanya venue asal yang dirancang, terpaksa diubah, supaya dapat memuatkan lebih tetamu. Maka dengan itu, majlis Sarapan Pagi Minggu Sambil Bicara Buku bersama Jemari Seni Publishings, sudah ditukar seperti berikut:


Pada: Ahad bersamaan 13 Julai 2008
Tempat: Restoran A&W Petaling Jaya (Sebelah Stesen LRT Taman Jaya)
Masa: 9.15 – 11.00 pagi

Buku pilihan kali ini:

Bila Nysrah Kata Tak Mahu
Karya Aidil Khalid
Pembicara: Puan Ina Marjana Ulfah - Pensyarah Undang-Undang / Penyair

Lili Buat Najah
Karya Nazurah Aishah
Pembicara: Shaidah Shafie - Penulis

Tentang... Dhiya
Karya Syud
Pembicara: Puan Samsiah Mohd. Nor- Pengarang
(Novelis Tangisan Bulan Madu)

Tempat terhad – Harap maaf, penyertaan sudah penuh.
Terima Kasih

* * *

Saya mohon berbanyak maaf, atas segala kesukaran.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Jemari Seni Publishings di www.jemariseni.com

6 comments:

Anonymous said...

Oh, dah penuh ke...saya terlambat nampaknya.
(Fahd Razy)

Jamilah said...

Salam, tahniah, Aidil, cerpen "bila Nysrah kata tak mahu" diterbitkan dalam Remaja edisi 1 Julai 2008. Novel tu adaptasi daripada cerpen ini ke?

hani salwah yaakup said...

Wah ramai juga yang kecewa mcm kak hani...huhu!

Aidil Khalid said...

Fahd Razy, Kak Hani,

Aduhai... saya minta maaf banyak-banyak. Soalnya, tempat sangat-sangat terhad.

=(


Jamilah,

Saya sendiri pun pelik, macam mana cerpen tu boleh sesat keluar di majalah Remaja pula. Nanti saya kena hubungi editornya, tanya.

Anonymous said...

Hehe. Buat kat restoran ke? Kalau menyelit-nyelit buat-buat minum rut bir dengan burger sambil dengar tak boleh ke?
(Fahd Razy)

Aidil Khalid said...

Haha... boleh jugak... ;-)

Tapi rasa saya, penerbit dah booking keseluruh restoran tu lah... Saya tak pasti sangat. Tapi rasanya begitulah....

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP