Monday, July 21, 2008

Komen Pembaca

Di bawah ini saya copy dan paste ulasan daripada seorang pembaca novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu. Komen tersebut ditinggalkan beliau di entri saya yang sebelum ini, dengan hanya menggunakan nama Pembaca :).

Salam,

saya memang menantikan karya sulung sdr setelah mula membaca blog sdr semenjak tahun lepas. Syabas dengan kelahiran novel ini, alhamdulillah.

Beberapa pandangan ringkas setelah membaca:

1. Sdr telah dapat menyelami hati nurani watak-watak dengan baik.

2. Mengenai bahasa tu, saya lihat memang ada jurang generasi dalam "tanggapan". Sekadar pemerhatian, bukan kajian - pembaca lebih dewasa lebih suka kepada bahasa berbunga-bunga dan berbentuk metafora. Yang lebih muda lebih menitikberatkan aspek lain, isi dan inti, misalnya. Walaupun bahasa tidak dikesampingkan. Bagi saya, dalam penulisan, bahasa yang digunakan hendaklah melihat kepada konteks, dan situasi dan ya, bagi saya, sdr telah melakukan yang terbaik dalam penceritaan. Walaupun, saya masih lagi diantara yang kurang senang dengan adegan yang ditemui Nysrah, contohnya, di Gunung Kinabalu (?) - ma'af, buku tiada di tangan - samada metafora atau tidak.

3. Dengan bahasa yang bersahaja begitu, plot novel sangat padat dan "gripping"! Pembaca tidak dilepaskan dan harus mengikuti watak dari mukasurat ke mukasurat dengan debaran untuk mengetahui apa yang berlaku.

Mudah-mudahan, terus diKurniakan :)

Wassalam.


Komen saya: Sebagai pengarang baharu, saya sudah tentu menerima sebarang pandangan dengan hati terbuka.

* * * * *

Selain di kedai-kedai buku, Novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu boleh juga dibeli dari web Jemari Seni Publishing di www.jemariseni.com.

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP