Saturday, August 02, 2008

Lagi Ulasan Pembaca Tentang Nysrah

Ini adalah ulasan daripada blog gengkicap.blogspot.com mengenai novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu, saya copy dan paste:


Penulis cerita ini ingin membawa pembaca menyusuri dan menyelami kisah suka-duka seorang gadis manis 17 tahun yang hijau dalam memahami rencah dunia yang penuh sisi gelapnya....

Saya tidak melihat paparan sisi gelap dalam cerita ini sebagai satu latar belakang yang tidak sihat bagi bacaan para pembaca tetapi pengisian nilai yang cuba diserlahkan penulis sebagai renungan, peringatan dan panduan bersama. Peringatan sinis lebih pada ibu-bapa di luar sana agar jangan sewenangnya melepaskan anak gadis sekolahan anda sendirian berkelana membelah kepekatan malam kerna malang tidak pernah memberi isyaratnya.

Tema cerita ini berdiri atas nilai persahabatan serta kemanusiaan. Walau nampak biasa-biasa sahaja namun perjalanan naratif yang harmoni serta mudah menerusi teknik suntingan yang kemas menjadikan cerita Nysrah ini indah di mata.

Baca ulasan penuh di blog http://gengkicap.blogspot.com. (Amaran dari saya: ulasan penuh di blog tersebut mengandungi spoiler yang sangat banyak. Bagi yang tidak suka thrill cerita dibongkar sebelum membaca, jangan ke blog tersebut.)

* * * * *
Selain di kedai-kedai buku, novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu boleh juga dibeli secara online dari web Jemari Seni Publishing di www.jemariseni.com.

2 comments:

NoRE said...

hehe..I've received my copy.Yang peliknya la kan,aku order online,blom bank in duit lagi..buku tu dah shipped.konpius.

dah habis baca aku buat review.haha.and nanti ko kene sign jugak copy aku.haha

Aidil Khalid said...

Nore,

Haha, Jemari Seni memang macam tu. Orang order, tak bayar lagi pun, dia hantar jugak. Jadi tak perlulah konpius-konpius.

Yup, boleh aje sign nanti. Hehe. =)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP