Wednesday, August 20, 2008

Novel Kedua

Saya sudah memulakan penulisan untuk manuskrip novel baharu. Meletakkan dead line kepada diri sendiri untuk menyiapkannya selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini. Akan mampukah? Entah….

Rangka plot sudah ada secara kasar, sudah siap beberapa bab pun. Tapi apabila saya risik dan risik tentang beberapa perkara, ternyata ada sesuatu yang menjadikannya tidak logik. Oleh kerana pembaca tidak harus diperbodoh-bodohkan dengan plot yang mengarut, makanya saya sedang buntu sekarang, perlu mencari alternatif lain bagi menggantikan perkara yang tidak logik itu, tetapi dalam masa yang sama juga, jangan sampai merosakkan plot utama. Bak kata pepatah, menarik rambut tidak putus tepung tidak berselerak. Inilah yang susah dalam menulis fiksyen (bagi sayalah, orang lain saya tak pasti).

Tahun lalu, ketika dalam MPR, dalam sesi pertamanya iaitu sesi suai kenal, masing-masing peserta yang masih hijau (termasuk saya) memperkenalkan diri dengan bercerita sedikit latar diri selain apakah cita-cita dalam dunia penulisan yang ingin dicapai. Saya ketika itu mengatakan hendak menjadi seperti John Grisham. Ya, John Grisham. Bukan A Samad Said atau Pramoedya atau Hamka, (walau saya sebenarnya sangat-sangat mengagumi mereka).

Dalam novel kedua yang sedang saya tulis ini, saya kira, mungkin ia adalah langkah pertama ke arah itu. Unsur perundangan dan sedikit thriller saya cuba adunkan. Entah menjadi entah tidak, terserah kepada pembaca nanti untuk menilai.

Atau yang paling utama sekali: akan siapkah novel ini nanti? Haha! Disiplin, oh, disiplin, ke marilah engkau, bantu aku supaya lebih berdisiplin dalam menulis!


* * * * *

Iklan: Lagi ulasan tentang Bila Nysrah Kata Tak Mahu:
"tapi lepas baca dari muka ke muka....
emy rasa buku nie memang menarik...
garapan watak2 bagaikan dekat dengan pembaca.."
Ulasan penuh di blog pricess-elida.blogspot.com.

Selain di kedai-kedai buku, novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu boleh juga dibeli dari web Jemari Seni Publishing secara online di www.jemariseni.com.

8 comments:

saat omar said...

..saya pun cadangkan Aidil buat novel macam John grisham tu, Aidil study law, sudah tentu subjek tu lebih rapat dengan Aidil..

A.Ghani said...

assalamz ,

blog sebelum ni dah kena ban,x tau naper. Tukar laa jadi http://abdullahghaniminda.wordpress.com

Thanx

Nore said...

tak salah kalau ade buat plot mengarut.cube banyakkan symbolism.atau guna approach kafka.sebab aku tengah study novel lloyd fernando;green is the colour (cerita pasal aftermath may 13th).dia guna kafka's dream technique,still nampak logical..

sekali sekala eksperimen dengan form lain ape salahnye..hehe

Aidil Khalid said...

Abg Saat,

Yup, insyaAllah akan diusahakan. Memang dah lama sangat berhasrat nak buat novel pasal undang-undang. =)


Abdullah Ghanie,

Beres, akan ditukarkan nanti.


Nore,

Haha, cita-cita itu terlalu tinggi untuk aku! Huhu. Aku ni jenis yang agak konvensional sikit dalam menulis, tak berani sangat nak bereksperimen, apatah lagi kalau gaya-gaya absurd macam Kafka. Aku belum bersedia lagi nak venture into serious literature.

pingu Toha said...

Teruskan usaha!

Syed Ali Khan said...

Meleret...

Aidil Khalid said...

Pingu,

Terima kasih dan insyaAllah. Sesekali selalu juga tenggelam usaha itu dek keripuhan sehingga tak tahu sama ada akan tercapai atau tidak dead line sendiri.


Pian,

Apa yang meleret tu?

Anonymous said...

mengapa tidak:)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP