Sunday, September 07, 2008

Puisi: Mak Kiah Tukang Masak Anjung Seri

Bodohnya dia kerana tidak mengerti
Bahawa Mak Kiah cuma seorang kuli
Tukang masak di Restoran Anjung Seri
Bukan bos yang ada kuasa itu ini

Baghalnya dia kerana masih menyangka
Bahawa Mak Kiah ada kuasa
Hendak beri makan percuma ikut suka
Bila-bila datang ikut rasa

Kejinya dia kerana mengharap layan istimewa
Hendak taraf macam vip atau pak menteri
Kalau tidak nanti dikata Mak Kiah lupa diri
Konon persahabatan lama tak tahu hargai
Bila sudah makan dia marah-marah hati terbakar
Sebab Mak Kiah tetap hantar resit minta bayar
Lalu dia menengking mengata resipi rasa pijar
Konon tak sedap tak legit tak berbaloi bayar

Mak Kiah cuma senyum lembut sambil mengujar:

“Dungunya kau – tahu selera tak tahan desing cili
Tapi masih pesan masak lemak cili api
kemudian melolong melalak mengata pedas macam gotri”
Kalau tak pedas
Bukanlah namanya masak lemak cili api!

Aidil Khalid,
Teratak Suluk, 7 September 2008


* Gambar disalin dari 3H Craft Works.

4 comments:

Anonymous said...

puisi yang menarik..

tahniah.. moga karya aidil semakin mantap..

tiba-tiba, saya terasa bersemangat untuk menyiapkan novel suka-suka saya yang sudah lama tertangguh...('v')

p/s: saya berangan-angan ingin menjadi penulis seperti faisal tehrani, ramlee awang murshid dan kaksu... aduh, kaksu.. rindunya saya dgn tulisan kaksu..

-HAF-

Soffian Ali said...

pasal masak lemak cili api pun leh buat puisi...hebat2...hhehehe...aku eksiden lah...sakit betul...kene langgar kembara...jangan lupa bawak buah tangan tau... aku tetibe terasa nak makan epal fiji merah lah...hehehe...bye2

Aidil Khalid said...

HAF,
Kalau tulis 'suka-suka' macam mana nak siap? Kena tulis 'betul-betul' barulah boleh cepat siap. Hehe. (Jangan marah)


Soffian ali,

Wah, demand! Tapi tak apa, sebab orang sakit memang ada lesen untuk demand. =)

Anonymous said...

hehe.. sebab suka-suka tu la novel tu tak siap-siap.. ehheh..

ai, lepas ni kena disiplin diri ni.. bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri sendiri..

terima kasih, kerana penulis-penulis muda seperti aidillah yang memberi semangat kepada saya kembali.. heheheh..

-HAF-

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP