Saturday, September 13, 2008

What Da Hack

Saya sampai di rumah sudah agak lewat malam setelah pulang dari melawat rakan -- Ahmad Soffian -- yang cedera agak teruk kemalangan motosikal. Sesampai di rumah, seperti biasa, saya buka komputer riba, lalu melayari apa-apa yang patut. Ketika itulah telefon bimbit berbunyi.

MPS (Mesej Pesanan Ringkas) daripada Abi Mursyidin tertera:
"Teresa Kok dan wartawan sin chew kene isa."

Tanpa berfikir panjang, kerana barangkali datang betul-betul dari naluri, saya balas kembali:
"Yup, tau.. Aku baru baca internet. Walaupun aku tak sokong isa -- tapi what da hack -- PADAN MUKA Teresa Kok! Huhu."

Beberapa jeda kemudian, Abi kembali membalas:
"... Betul! Tapi secara rasional dia berhak dapat pengadilan sebenarnya. Aku rasa racial tension akan jadi. Cina akan persoalkan kenapa Ahmad Ismail tak kena?"

Saya balas:
"Hmmh... Betul jugak tu. Apa nak jadi lah dengan negara ni..."

Kemudian Abi menutup dengan mengirimkan:
"Kita tengoklah macam mana keadaannya besok."


*Saya perlu bertaubat dan beristighfar banyak-banyak kerana telah pada awalnya menggelakkan Teresa Kok yang teraniaya oleh sistem zalim lagi tidak bertamadun ISA. Siapa tahu, besok lusa, kita-kita pula yang kena?

1 comment:

Abdullah Ghani said...

Assalamz geng,

Selamat Hari Raya, maaf laa hari hujung rambut sampai hujung kaki..

Abdullah Ghani

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP