Sunday, October 05, 2008

Dinding Palsu

Lama betul blog ini dibiarkan sepi. Bukannya sibuk sangat, tapi memang tak ada apa-apa yang hendak dituliskan. Lantas masa diisi dengan membaca tulisan-tulisan orang lain sahaja. Baru-baru ini saya terjumpa satu tulisan daripada Isa Kamari -- penerima SEA Write Award daripada Singapura. Mungkin tulisannya itu adalah bagi mengulas tulisan saya yang terdahulu yang bertajuk Yang Pop dan Yang Serius dalam Ayat-Ayat Cinta yang disiarkan di web Bukuria.

(Bagi yang belum membaca tulisan saya itu boleh membacanya di sini)

Di laman webnya, Isa Kamari telah memetik keseluruhan tulisan saya itu, lalu kemudian di bawahnya, menambah komentar yang diberi tajuk Dinding Palsu. Begini tulisnya:

Pengasas strukturalisme dan pendukung-pendukung teori formalistik dalam sastera berpegangan bahawa karya sastera mempunyai kewujudannya yang unik dan tersendiri. Maka mereka melakarkan hukum-hukum dan kriteria formal bagi menilai karya sastera. Mereka beranggapan bahawa karya-karya yang tidak atau kurang mengikut nilai-nilai formal tersebut sebagai karya picisan atau pop.

Namun kewujudan sedemikian adalah palsu kerana karya sastera tidak seharusnya dinilai hanya dari sudut formalistik. Jika penilai terus-menerus bersikap sedemikian kita boleh mengibaratkannya sebagai katak di bawah tempurung atau ketinggalan zaman.

Dinamika pengarang-karya-pembaca menimbulkan pelbagai makna terhadap karya sastera mengikut perkembangan ilmu dan pemikiran. Hakikat ini disebut sebagai Polysemy (iaitu wujudnya kepelbagaian makna) dalam karya sastera.

(Lihat sahaja akan hakikat bahawa Salina pernah suatu ketika dianggap karya pop atau picisan namun kemudian diangkat oleh A. A Teeuw sebagai karya sastera yang tinggi nilainya! Namun masih ada kalangan golongan sasterawan Muslim yang tidak sanggup mengangkatnya ke taraf itu kerana Salina membicarakan perihal kehidupan pelacur!)

Justeru itu dinding yang dibina pendukung teori formalistik tersebut adalah palsu kerana karya sastera terus hidup dalam diri pengarang dan pembaca dan tidak terikat pada teks sahaja.

Dalam konsep budaya pun sebenarnya tiada pemisahan sedemikian. Pemisahan antara budaya elit dan pop pun dibina untuk kepentingan golongan tertentu dalam sistem autokratik yang elitis.

Falsafah yang mendukung pendekatan struktulisme ini diasaskan oleh Descartea yang memisahkan kewujudan objek daripada subjek. Sejak muncul teori relativiti Einstein, tanggapan yang diasaskan Descartes runtuh kerana antara objek dan subjek saling mempengaruhi dan membangun mengikut 'vantage point' atau sudut pandangan masing-masing.

Sumber: dari sini.

Dan saya, tidak dapat tidak, memang terpesona dengan pandangan Isa Kamari di atas.

5 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam syawal dari bumi Dublin, Ireland.. jemput2lah singgah ke blog hamba.. :)

Aidil Khalid said...

jhezkitaro,

salam syawal kembali. =)

Gadis Gombak said...

Saya juga peminat pak samad.Saya juga baca buku Salina.

saya harap awak dapat la puisi
yang saya tulis.Mugkin tak sebaik mana sebab saya tak pernah belajar tulis secara formal.juz melalui hati.Saya juga pernah tulis puisi
dekat dalam kelas agama..
Tapi,x letak lagi sebab nak edit sikit.

http://gadisgombak.blogspot.com/2008/09/puisi-seorang-adik.html
dan entri bulan JULAI

terima kasih..

Aidil Khalid said...

Gadis Gombak,

Menulis tak semestinya perlu belajar secara formal.... Moga sukses selalu dalam penulisan!

Salam,
Aidil Khalid

akubersamaCahya said...

2008.
sekarang 2013, saya bru ke sini.
itu pun atas isu novel picisan.
boleh saya katakan isu picisan ini sebagai lapuk atau akan terus berkumandang...

saya baru berjinak2 dalam pnulisan, agak tersinggung dengan 'picisan'. namun selepas beberapa bacaan mengenai isu ini, saya kembali bangkit utk terus menulis. :)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP