Thursday, October 09, 2008

Puisi: Kisah Seorang Pelajar Berdedikasi Dari Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam

Aku meredah hujan yang lebat
Guntur yang sarat
Ribut yang menghambat
Serta petir yang mengkilat
Hanya untuk mendapatkan
Ternyata tiada orang di kelas:
Lampunya mati
Pendingin hawanya sepi
Lalu aku tinggal sendiri.

Sunyi sekali.


Aidil Khalid

7 Oktober, UiTM Shah Alam


* Foto disalin dari http://heather-ravenlady.blogspot.com.

8 comments:

inamarjana said...

salam aidilfitri aidil, selamat hari raya buat aidil sekeluarga. 7 Okt emmm.... puisi ini .. tiada orang di kelas... mungkin kesibukkan kampus tidak hadir di dalam kesepian sdr ketika itu dan sdr berasa begitu sunyi ya.

Azree Ariffin said...

salam aidilfitri, aidil!

eh, kelas cancel ke? atau pun sorang student pun tak dtg sebab kenyang makan lemang lagi? hehe.

Aidil Khalid said...

Kak Ina,

Salam Aidilfitri kembali buat Kak Ina. =)
Sebenarnya yang saya maksudkan adalah secra literal bila menyebut hujan, guntur, ribut dan petir. Tujuh hari bulan tu memang hujan.

Azree,

Salam Aidilfitri juga buat kamu.
Haha, yang tang tak ada sorang datang ke kelas tu, sebenarnya cuma fiksyen sahaja. Tapi yang tang meredah hujan tu, memang betul. Bila sampai kelas habis basah kuyup.

Mohd. Fahmi said...

salam aidil. lama tak jengah ke sini.

puisi yang cantik... sampai maksudnya

Mohd. Fahmi said...

salam aidil. lama tak jengah ke sini.

puisi yang cantik... sampai maksudnya

Anonymous said...

Salam Aidil. Nad ni. Wahhh..... Puisi ni cantik sekali! Hebat betul kau. Jeles aku...

Aidil Khalid said...

Mohd Fahmi,

Terima kasih. Singgah-singgahlah selalu, walaupun nampaknya saya sendiri semain jarang menemas-kini blog ini. =(


Nad,
Kalau kau suka puisi-puisi bercorak bercerita macam ni (puisi naratif), cuba ke blog http://abdullahjonesdua.blogspot.com/

Aku suka gila sajak-sajak dia. Sangat sedap, kadang-kadang masa baca tu terpaksa gigit jari sebab sedap sangat!

Anonymous said...

Betul kata kau. Puisi2 di situ apabila dibaca sampai jari tergigit! Tapi aku tak percayalah kau gigit jari!~ Ehe~

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP