Wednesday, November 26, 2008

Disiplin Menulis Salman Rushdie

Saidina Ali pernah berkata, “Lihatlah kepada apa yang diperkatakan, dan bukan siapa yang mengatakan.” Nah, atas semangat tersebut, di bawah ini saya petik kata-kata daripada Salman Rushdie yang saya kira bermanfaat buat dijadikan renungan oleh para penulis atau sesiapa sahaja yang beminat mengetahui dunia penulisannya.

Begini katanya:
“The discipline of writing requires that you put yourself in a room and shut the door and concentrate on something else (the book that you are writing).”

“And a book is a kind of lover too. A book is a very jealous lover. You have to put the book first. If the book feels that its not coming first – that you are thinking about other things first, and the book second or third – the (outcome of the) book (that you are writing will be) sucks, and the book refuses to reveal itself to you.”
Betapa menulis bukan kerja main-main, dan memerlukan komitmen yang sangat tinggi kalau mahu melihat hasil yang mutunya juga tinggi. Sengaja saya memasukkan entri ini sebagai peringatan kepada diri sendiri. =)


**Petikan ungkapan yang di dalam kurungan itu adalah tambahan saya sendiri, bagi memperjelas maksud ucapan, memandangkan kata-kata tersebut saya salin daripada video rakaman temu bual QTV bersama Salman.

8 comments:

Nore said...

aku baru dpt d/l satanic verses 2 minggu lepas,tapi belum baca lagi sebab almost 600pages.

even ramai Muslim bengang gila kat dia sebab Satanic Verses tu,still,tak boleh nafi yang dia ni memang penulis yang hebat.

Aidil Khalid said...

Nore,

Aku pun, Satanic Verses tu dah lama dok tercongok kat sebelah katil, tapi tak baca-baca lagi. Huhu. Tebal sesangat. Baru baca tebuk-tebuk je. Nantilah, aku nak baca dari awal sampai akhir, baru syok sikit.

Betul tu, kita tak boleh nafikan kehebatan seseorang penulis hanya kerana idealogi dia tak sehaluan dengan kita. Pun begitu, bila kita mengiktiraf kehebatan dia, tidaklah pula bermaksud kita mengiakan perbuatan keji dia menghina nabi saw. Selalu orang keliru bab ni. Kononnya kalau kita kata dia hebat, maknanya kita sokong sekali perbuatan dia tu. Tak semestinya macam tu....

sayapjannaim said...

salam alayk~

kehadapan encik aidl khalid -n_n-
ya, ya saya setuju tu..
menulis perlu ada displin.
jikalau tidak,
penyakit malas akan makin menjadi-jadi lemaknya.

oh ye,
ingin bertanya tentang sesuatu.
boleh cerita serba sedikit tentang pengalaman anda sewaktu mpr 07'?

terima kasih -n_n-

Aidil Khalid said...

Saudari Sayap Jannaim,

Wah, tanya-tanya ni, saya rasa, tentu sdr dapat masuk mpr 2008 ya? Tahniah kalau benar! Kita akan jadi sekroni dalam kroni mpr yang besar. Huhu.

Oh, tentang pengalaman saya waktu mpr07, saya pernah menulisnya dalam blog alumni mpr. Ini alamat pautannya:

http://minggupenulisremaja.blogspot.com/2007/12/barang-barang-yang-terlalu-banyak.html

=)

sayapjannaim said...

Syukran atas perkongsian pengalaman MPR saudara,

Hee, sebenarnya ada kebenarannya apa yang telah disagak setelah saya ajukan soalan terhadap anda kelmarin. Memang akan menyusul menyertai mpr tahun ini, maka debarannya kian terasa. Takut pun ada ni.

Mana tidaknya,
takutlah 'not up to any expectation' oleh keluarga mpr nanti.

Oh ye, terima kasih sekali lagi -n_n-

Wan Nor Azriq said...

Salam Aidil,

Saya ada di Kedah sekarang.Dah baca DS bulan ni? Roslan dipuji hebat oleh Lim Swee Tin (maaf kalau eja salah nama dia hehe).Masih menunggu TC untuk datang ke Kedah - lambatnya.

Saya tengah baca novel Azmah Nordin, Mega Nissa.Pernah baca? Saya teringat masa kita bengkel dulu,awak pernah tanya Puan Zaharah tentang stream-of-consciousness.Novel ni memang guna penuh teknik tu;masih baru dan boleh cari di kedai dbp.

Tapi saya kurang berpuas hati dengan novel ni kerana pengaruh virginia woolf ke atas azmah sangat kuat sehingga tak nampak asli karya dia.

Selamat hari raya Aidil.Nanti saya balik mungkin awak boleh baca cerpen baru saya dan saya baca novel baru awak hehe.

Aidil Khalid said...

Sayap Jannaim,

Tenang-tenanglah sahaja, jangan difikirkan sangat 'expectation' siapa-siapa, sebaliknya fikirkan 'expectation' diri sendiri, itukan lebih baik. =)


Azriq,

Owh, tentang teknik stream of consciousness itu, saya rasa saya telah temuinya dalam novel An Artist of a Floating World tulisan Kazuo Ishiguro. Dan novel itu memang sangat-sangat mengesankan, tetapi harus diakui, sukar untuk ditiru gaya penulisan yang sebegitu ruwet oleh penulis muda yang masih gersang pengalaman macam saya ni. Mungkin sepuluh-lima belas tahun lagi baru mampu kot. Huhu.

Saya sudah dapatkan Dewan Sastera dan Tunas Cipta bulan ini. Pengulas cerpen TC bulan ini masih lagi Siti Hajar Che Man, tidak ditukar. Saya sangkakan mereka nak buat macam Dewan Sastera, pengulasnya orang lain setiap bulan. Tapi tak tahulah kenapa tak jadi. Hmmh....

sticker said...

able556
bay582
nit5489
pastor6475
ream6243

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP