Saturday, March 28, 2009

Cerpen di Berita Harian: The Dodger Dipper

Alhamdulillah, setelah agak lama tanpa karya baharu, hari ini cerpen bertajuk The Dodger Dipper disiarkan di halaman sastera Berita Harian. Oh, cerpen ini berbahasa Melayu sepenuhnya, hanya tajuknya sahaja yang berbahasa Inggeris. Almaklumlah, sekarang ini kan zaman globalisasi, jadi kita memang kena pakai bahasa Inggeris dalam serba-serbi perkara, barulah boleh maju. Kalau asyik berbahasa Melayu sahaja, sampai bila-bila pun kita tak akan ke mana-mana. Oleh kerana saya tak pandai nak menulis cerpen dalam bahasa Inggeris sepenuhnya (saya memang bodoh bahasa Inggeris sebab saya tak sempat belajar sains dan matematik dalam bahasa tersebut), memadailah sekadar meletak tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Sekurang-kurang, nampaklah sedikit educated – walau sekadar pada tajuk – tak begitu?

Di bawah ini sedikit petikan daripada cerpen tersebut:

... Bahawa pengajaran dan pembelajaran silat dan gayung akan kita tukarkan medium pengantaranya kepada bahasa Inggeris, supaya seni bela diri unggul orang Melayu ini, dapat kita anjakkan menjadi lebih antarabangsa, sesuai dengan tuntutan globalisasi masa kini. Kita mahu agar seni bela diri Melayu dapat berdiri sama tegak, duduk sama rendah, mencangkung sama kerdil, melompat sama tinggi dengan bela diri-bela diri lain seluruh dunia seperti kick boxing, wrestling, dan lain-lain ... Bahawa nama silat dan gayung akan ditukar kepada The Dodger dan Dipper. Ini sesuai dengan asal kata ‘silat’, yang mengikut pandangan jumhur guru-guru tua, berasal daripada kata ilat, elat, elak, silap, dan kilas. The Dodger juga sesuai dengan pendapat yang mengatakan bahawa asal nama silat itu adalah daripada ungkapan ‘si elat’, yakni menggambarkan pengamal seni bela diri Melayu sebagai pakar mengelat dalam mengelak serangan dan mengaburi mata lawan. Manakala Dipper pula adalah terjemahan langsung kata ‘gayung’.....


Dapatkan Berita Harian 28 Mac 2009 untuk membaca cerpen penuh The Dodger Dipper. Atau klik sini untuk membaca versi atas talian.

(Untuk proses kreatifnya, nanti kalau rajin saya akan catatkan di entri yang lain)

15 comments:

IlhamHamdani said...

Salam Tuan Aidil,

Satu cerpen yang ter-sangat-lah bagusnya! Saya senang 'banget' dengan satira sindirnya.

Tahniah, teruskan, teruskan lagi.

Ilham Hamdani,
Canberra, Australia

JAMILAH MOHD NORDDIN a.k.a. JMN@LNJ said...

Salam,

Saya tersenyum membaca cerpen tu. Antara yang terbaik daripada awak rasanya.

Kalau yang membaca belum terasa panasnya, tak boleh nak kata apa lagi.

Teruskan menulis cerpen satira begini.

Aidil Khalid said...

Tuan Ilham Hamdani,

Wah, jauh sekali dari Canberra. Terima kasih atas ucapan. Ayuh, sama-sama kita menyindir perkara yang batil.


Jamilah Mohd Nordin,

Ya, harap-harapnya mesejnya sampailah kepada yang sepatutnya merasa panas. =)

| h a k i m | said...

salam..maaf yer terjah tnpa undangan..

baca komen tu..ni kisah benar ker? biar btol ada isu nk tukar bhs ni? ker mmg dh tukar dh?

reff fizan said...

saya agak keliru dengan sindiran ini~silat memang asalnya dari tanah melayu ini tapi sains dan matematik pula bukan.untuk memelayukan bahasanya,saya fikir seperti the jodger and the ripper..
sebenarnya saya jua keliru tentang untuk menyokong isu ppsmi atau tidak..
jadi,anda??sindiran ini menyatakan anda menyokong atau menyanggah??

Aidil Khalid said...

Saudara Hakim,

Isu bahasa ini adalah isu yang benar. Tetapi kisah di dalam cerpen ini adalah kisah satira. Justeru harus dibaca juga dalam nada satira. Janganlah serius sangat. =)


Saudara Reff Fizan,

Tidak mengapalah tentang pendirian saya. Yang penting adalah apa yang saudara tafsirkan daripada karya saya itu. Sebab bak kata Roland Barthes, pengarang tidak boleh lagi bersuara (mengenai karyanya itu) setelah karya tersebut terbit. Hal ini adalah bagi memberi kebebasan tafsiran kepada pembaca.

Oh, tentang isu PPSMI itu pula, kalau saudara masih mencari pendirian, saya cadangkan agar saudara meneliti artikel di laman ini:

http://universitipts.com/index.php/site/comments/datin_noor/

Artikel itu membincangkan secara mendalam tentang isu ini.

Selamat meneliti!

saat omar said...

tahniah !!...

Aidil Khalid said...

Abg Saat,

Ya, terima kasih atas ucapan. =)

nurinmz said...

Syabas kerana terus menulis, dan menulis untuk kebaikan umat sebegini...

Fizahanid said...

Aidil,

Tahniah utk cerpen yg bagus itu.

saat omar said...

Tumpang promote...jom tengok MIMPI adapatasi dari Shakespeare's Midsummer Nights Dream

tarikh: 3, 4 dan 5 April 2009(8.30 malam)
matinee pada 4 dan 5 April (3 petang)

Tempat: lambang Sari, Istana Budaya

Arahan: Prof Jim Connor

bayaran masuk: RM10 dan percuma buku program

lets do it.

S.Y.U.K. said...

salam ziarah.

cerpen yang menarik.

sinis.

Aidil Khalid said...

Nurin MZ dan Kak Hafizah Iszahanid,

Terima kasih atas ucapan. Ya, moga sama-sama terus menulis untuk kebaikan umat. Walaupun mungkin sahaja gaya para pengarang boleh sahaja berbeza, atau ideologi kepengarangan mungkin juga tidak sama, tetapi yang lebih utama adalah matlamat yang ingin dicapai itu, iaitu kesannya kepada masyarakat.


Abang Saat Omar,

Ya, silakan promosi. =)
Moga teater itu sukses. Tapi saya tak pasti boleh datang, sebab minggu hadapan minggu yang penuh dengan ujian. Tapi kalau sempat curi masa, boleh saja saya datang. Tengoklah bagaimana nanti. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik.


S.Y.U.K,

Salam kenal. Saya jenguk blog saudara. Rupa-rupanya bakal ahli fizik, ya? Wah!

biruNiLA said...

Tahniah... :)

- kaksu -

Aidil Khalid said...

Kaksu,

Terima kasih. =)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP