Sunday, March 22, 2009

Melakar

Waktu itu sedang dalam kelas Jurisprudens (falsafah hukum dan perundangan). Pensyarah di hadapan kelas sedang bercakap, bercakap, dan bercakap, lagi, lagi dan lagi. Dari satu topik ke satu topi yang lain, sambung menyambung, terus menerus. Tidak ikut silibus. Oh, pensyarah ini memang terkenal begitu gayanya – lebih suka bercakap apa sahaja yang terlintas di fikiran. Kadang-kadang hal semasa, kemudian melompat ke hal sejarah silam, kemudian sebentar lagi meloncat kembali ke silibus di buku, kemudian mengenang pula kisah hidup masa lalunya, dan sebagainya, dan sebagainya. (Kalau dalam novel barangkali sudah boleh jadi teknik stream of consciousness yang berjaya).

Kemudian tiba-tiba pensyarah berubah topik ke hal semasa. Isu tentang PPSMI. Dia menyokong dasar itu. Juga memberikan alsannya. Seperti biasa, alasannya adalah alasan yang sering dikumandangkan oleh para penyokong PPSMI -- yang pada saya agak dangkal -- aitu bahawa bahasa Inggeris itu penting bagi kemajuan bangsa kita. Pensyarah turut memberikan contoh UiTM, bagaimana dahulu menggunakan medium pengantara bahasa Melayu, tetapi kemudian menukar seluruhnya ke bahasa Inggeris. Menurut pensyarah tersebut, ini adalah satu langkah yang baik.

Saya yang sedang duduk di belakang, mendengar, tentulah tidak bersetuju. Saya teringat akan entri saya mengenai pengajaran UiTM dalam bahasa Inggeris di sini dan di sini. Tetapi saya tidak pula cuba berhujah dengan pensyarah tersebut. Sebab saya memang bukan jenis yang begitu. Kalau saya tidak bersetuju dengan pensyarah, lebih selalu dari tidak, saya akan memendam sahaja (kecualilah kalau angin saya hari itu tiba-tiba lain).

“Bla bla bla,” pensyarah terus bercakap lagi.

Dan sebagai tanda protes, saya sudah malas mendengar. Saya capai kertas. Ambil pen. Kemudian mula melakar. Melukis sebetulnya. Atau mungkin sekadar conteng-conteng.

Sedang asyik menenyeh-nenyeh entah apa pada kertas itu, kemudian menyusup pula ke telinga saya pensyarah menyebut nama A. Samad Said. Saya menghembuskan nafas. Keluarkan telefon bimbit. Melalui galeri dalam telefon bimbit, saya buka gambar ketika bersama Pak Samad dalam Minggu Penulis Remaja tahun 2007 dahulu. Saya cuba melukisnya.



Kita tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris, malah kita menggesa supaya pengajaran bahasa Inggeris dipertingkatkan. Yang kita bantah adalah meletakkan subjek tersebut bukan pada tempatnya, yakni pada subjek sains dan matematik. Itu bukan tempatnya. Kita harus berlaku adil, dan adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kita kembalikan bahasa Inggeris pada tempatnya yang sah, dan kita letak bahasa Melayu pada tempatnya yang sah juga.

Saya jadi mengeluh sendiri, perkara semudah ini mengapa masih ramai yang belum mengerti?

* * * * *

p/s: 28 hari bulan ini, jangan lupa mengudi. Bukan mengundi untuk Perhimpunan Agung UMNO, sebaliknya mengundi untuk bumi. Padamkan lampu selama satu jam dari jam 8.30pm - 9.30pm sebagai tanda anda menyokong bumi. Tak perlu padamkan lampu kalau anda menyokong pemanasan global. Maklumat lanjut di sini.

3 comments:

mistery said...

cutela gambr tu.. aidil.. pandai tak lukis gambr aku?kihkihkih...

zainab hanis said...

alamak bang,jawabnya saya kena jugak la suka baca cerita-cerita thiler ni.

by the way,saya dapat offer buat asasi law kat uitm.Selalunya budak-budak yg dpt program E0600 asasi undang-undang uitm campak kat mana?

Ada advice sikit tak bang pasal nak buat asasi ni?

zainab hanis said...

thanks for the info.

tapi bila saya check kat uitm punya website,program E0600 asasi undang-undang di bawah kategori program pra-ijazah.

In fact program E0600 asasi undang-undang ni program fast track.

And dlm website ada kata,kalau lulus asasi and dpt HPNG 2.50 akan di serap utk mengikuti program ijazah Sarjana muda undang-undang kat uitm or IPTA lain.

Lagi satu bang,sepupu saya ada kata,graduan undang-undang dari uitm susah sikit nak cari kerja betul ke?

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP