Saturday, April 18, 2009

Apa Kata John Irving

“Kisah benar ke?”

Semenjak novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu terbit di pasaran Julai tahun lalu, saya sudah berkali-kali ditanyai hal yang sama. Dan hari ini, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, sekali lagi saya diajukan soalan tersebut.

“Kisah benar ke cerita Nysrah ini?” tanya seorang perempuan yang telah membaca novel tersebut. Usianya, saya agak, barangkali hanya lebih muda sedikit sahaja daripada emak saya.

“Kalau kisah benar,” sambungnya lagi, “bahaya betul ya, negara kita ini!” Rona wajahnya menampakkan kerisauan yang tidak sedikit -- keresahan seorang ibu yang memiliki anak-anak perempuan.

Saya sebetulnya tidak tahu bagaimana harus menjawab, sungguhpun soalan itu sudah berpuluh kali saya terima. Lantas saya hanya mampu mengatakan:

“Ada yang benar, ada yang tidak benar.”

“Bahagian mana yang benar? Bahagian mana yang tidak benar?” soal pembaca itu lagi.

“Oh, maaf, saya tidak dapat menjawab soalan itu. Terlalu sukar untuk memisah-misahkan mana yang benar, mana yang tidak, kerana sudah saling bertautan saling bersulaman antara satu sama lain. Tetapi apa yang boleh saya katakan, ialah bahawa kisah itu memang terinspirasi daripada peristiwa yang benar-benar berlaku."

Selepas ini, barangkali kalau ditanyai lagi dengan soalan yang seperti itu, saya boleh meminjam kata-kata sasterawan Amerika Syarikat, John Irving. Begini katanya:

A fiction writer’s memory is an especially imperfect provider of detail; we can always imagine a better detail than the one we can remember. The correct detail is rarely exactly what happened; the most truthful detail is what could have happened, or what should have… Being a writer is a strenuous marriage between careful observation and just as carefully imagining the truths you haven’t had the opportunity to see. The rest is the necessary strict toiling with the language.”

5 comments:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Saudara Aidil,
Nak kena cari satu ni. Ikut serta Perhimpunan Penulis Muda di Melaka Mei nanti? Bawa-bawalah buku tu nanti

al-Kurauwi
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com

Aidil Khalid said...

Ustaz Azman,

Terima kasih berkunjung ke 'rumah' saya yang tidak seberapa ini. Dan terima kasih juga kerana berhasrat memiliki 'anak' pertama saya yang juga tidak seberapa itu. Tetapi sayang sekali, kerana saya tidak dapat ikut serta dalam Perhimpunan Penulis Muda di Melaka Mei nanti, kerana pada tarikh tersebut saya akan berpergian ke Indon.

Waktu tarikh sebelum dipinda, kenanya waktu saya dalam periksa akhir. Kemudian setelah tarikh dipinda, kenanya waktu saya harus berpergian pula. Alahai, memang tak ada jodoh agaknya untuk ke perhimpunan tersebut.

Aidil Khalid said...

Dari maklum balas yang saya terima, khabarnya pengedaran buku-buku penerbitan Jemari Seni agak efisien juga. Jadi rasanya buku tersebut masih ada lagi di rangkaian kedai buku utama.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Akan saya usahakan, barangkali masih boleh jumpa di PWTC

al-Kurauwi

Aidil Khalid said...

Ya, memang masih ada di pesta buku. Tapi saya sudah tidak ke sana lagi, kerana sekarang sedang dalam periksa akhir, jadi waktu dihabiskan di perpustakaan. Dulu waktu berkunjung ke DBP bersama teman sangkatan Wan Nor Azriq untuk menonton tayangan amal filem Wayang, saya ada terserempak dengan ustaz dalam lif waktu hendak ke kafeteria. Tapi ustaz tak kenal kami barangkali, dan kami pula malu menegur. =)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP