Friday, April 24, 2009

Khutbah Bombastik

Khatib menyampaikan khutbah Jumaat dengan suara yang luar biasa lantang:

“Umat Islam hari ini jumlahnya banyak, tetapi tidak memberi apa-apa makna. Nilai kita ternyata tidak lebih dari nilainya busa di tengah segara. Mengapa demikian? Tak lain dan tak bukan, kerana setiap daripada kita ternyata terlalu cakduh. Dalam isu pemulauan barangan Amerika-Israel misalnya, berapakah sangat gunggung yang benar-benar cakna? Yang kita lihat kian ramai mengunjungi McD dan KFC malahnya!”

Selepas habis solat, rakan saya mencuit: “Aku tak fahamlah khutbah tadi. Bombastik benar. Busa itu apa? Yang aku tahu sabun cap Busa. Segara, cakduh, gunggung, cakna, aduh apa pelik-pelik benar?”

“Nampak gayanya lepas ni pergi sembahyang Jumaat kenalah bawa Kamus Dewan sekali,” jawab saya. “Mudah nak rujuk bila-bila tak faham. Pesta Buku pun masih berlangsung di PWTC. Bolehlah beli di sana sambil-sambil tak lupa juga mengunjungi gerai Jemari Seni Publishing untuk borong novel-novel baru dan lama." =)

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP