Friday, April 03, 2009

Melakar II

Mutakhir ini saya semakin kerap menconteng dan melakar entah apa-apa di atas kertas nota-nota kuliah, terutamanya ketika sedang dalam bosan. Sedangkan dulu, aktiviti sebegini sama sekali tidak termasuk dalam kamus hidup. Entahlah, barangkali saya terangsan oleh kata-kata Imaen. Novelis thriller Jemari Seni Publishing itu pernah memberitahu saya bahawa Picasso pernah berkata, setiap kanak-kanak memang pintar seni, mereka dilahirkan begitu, cuma apabila membesar, sistem pendidikan yang dilalui menjadikan kepintaran terhadap seni itu pudar. Justeru kini saya mahu mengutip kembali apa-apa yang telah tercicir dari diri kanak-kanak saya suatu ketika dahulu.

Di bawah ini adalah lakaran yang saya hasilkan ketika sedang dalam dewan kuliah -- ketika itu pensyarah sedang bercerita tentang the law of evidence. Pensyarah kemudian memberikan contoh kes Altantuya. Nama Dato' Seri Najib turut disebutnya bagi memberikan contoh -- sama ada bukti-bukti yang ada adalah relevan atau tidak bagi menuding jari terhadap Perdana Menteri ke enam itu seperti yang selalu didakwa-dakwikan oleh parti pembangkang.

Tangannya Berdarah. Kasihan, kasihan, kasihan dia!

Ketika seorang lagi pensyarah, Mr Lim, terlihatkan lakaran ini, dia berkata, "What a weird drawing!" Haha, saya hanya tergelak.

6 comments:

kamal sabran said...

wah! cantik drawingnya!

Anonymous said...

aidil, cam tangan ko je tu.siap ada cincin. hehe..
wah... pandaila melukis. leh wat sumber pendapatan gak tu. utk byr minyak keta.hehe...

oh ye.. lukisan A Samad Said tu sgt jadi... tahniah2.. bkn stakat byk ilmu, melukis pon pandai.. bersyukurla pada bakat kurniaan Tuhan itu...

Aidil Khalid said...

Kamal Sabran,

Terima kasih sudi berkunjung. =)


Anonymous,

Ala, saya pun baru hendak belajar-belajar. Masih banyak tak betul lagi melukis tu. Cincai-cincai macam tu bolehlah. Err, siapa ya ni? Kenalkah kita?

saat omar said...

Agree dengan Kamal...cantik drawing...

Aidil Khalid said...

Abg Saat,

=)

Anonymous said...

Walaupun garis lakar masih kelihatan kasar tapi nampak apa yang cuba digambar.

(Kritik ala2 realiti tv punya judge) =D jgn marah aidil.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP