Tuesday, April 07, 2009

Promosi: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

(Ini adalah entri promosi. Untuk entri terkini, skrol ke bawah)

Saya tak pasti masih adakah lagi pengunjung blog ini yang berhasrat memiliki, tapi belum memiliki novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu, memandangkan novel itu terbitnya sudah agak lama – pertengahan tahun lalu. Tapi kalau masih ada, boleh dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 17-28 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Saya akan berada di gerai Jemari Seni Publishing (gerai bernombor 53 dan 54) sepanjang hari Sabtu, 18 April 2009, dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Di bawah ini adalah komen terbaharu mengenai Bila Nysrah Kata Tak Mahu. Saya temui dari blog Antu Buku:

Teruja dengan respon baik pembaca-pembaca novel ini. Ia memang seperti yang dikatakan. Satu penulisan yang lain, tersendiri, dinikmati juga untuk jadi renungan. Sebuah naratif yang menarik, kisah Nysrah, yang penuh dengan cerita dan pengajaran. Menyudahkannya dengan rasa tidak puas, dengan rasa tertanya-tanya “apa jadi pada Nysrah?” Rasa sangat tidak puas kerana ia tidak ada ‘happy ending’ yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat. Ia adalah cerita realiti.

Sumber: klik sini.


Di bawah ini adalah komen, ulasan, dan testimonial daripada para pembaca:

1) Nysrah seorang gadis manis yang penuh emosi, penuh rasa ingin tahu. Sangat real. Kagum betul dengan cara Aidil Khalid menghayati dan melakarkan watak2 pelbagai warna dalam novel ini. Sangat sangat berkesan penyampaiannya ... Cerita yang sama sekali tidak mengarut, amat mendebarkan, menyakitkan.. aduh seperti ada tangan yg meramas jantung ... Memang susah nak berenti bila dah mula membaca kisah ini.... (Untuk ulasan penuh oleh Rinn: klik sini).

2) Secara keseluruhan, aku suka karya ini. Penulisnya begitu telus & berterus terang dalam setiap kejadian. Gaya bahasa yg tidak berbelit2 & mudah difahami. Tapi seperti TAM, aku juga tak puas hati bab ending. (Untuk ulasan penuh oleh Maya: klik sini).

3) Buku nie memang lain dr yg lain... ianya mengupas isu2 yg tak terjangka... pada mulanya rasa mcm bosan dan biasa saja buku nie... tapi lepas baca dari muka ke muka.... emy rasa buku nie memang menarik... garapan watak2 bagaikan dekat dengan pembaca... (Untuk ulasan penuh oleh Pricess E_Elida: klik sini).

4) Buku ini boleh dijadikan pedoman untuk guru, ibu bapa dan pelajar sendiri; dan saya juga. Mengingatkan saya, siapa lagi yang boleh jaga diri saya, jika bukan saya sendiri. (Untuk ulasan penuh oleh Hanys: klik sini).

5) Tema cerita ini berdiri atas nilai persahabatan serta kemanusiaan. Walau nampak biasa-biasa sahaja namun perjalanan naratif yang harmoni serta mudah menerusi teknik suntingan yang kemas menjadikan cerita Nysrah ini indah di mata. Percubaan pertama penulis, bagi saya sudah cukup baik. Soal kelemahan tidak dapat dinafi memang wujud, moga dengan masa dan bimbingan, Aidil mampu utuh di persada seni penulisan kreatif ini.Sama-sama kita mendoakannya. (Untuk ulasan penuh oleh Geng Kicap: klik sini).

2 comments:

Nazurah Aishah said...

Bila nak keluar buku baru Aidil?

Aidil Khalid said...

Kak Nazurah,

Sedang bertungkus-lumus menyiapkannya, walaupun sekarang ini terpaksa berhenti dulu bagi memberi ruang untuk periksa akhir. =)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP