Tuesday, April 21, 2009

Puisi: Melakar Wajah

Hari ini aku melakar wajahnya
di atas kertas bersih putih tanpa noda
namun hasilnya ternyata
adalah contengan-contengan hodoh penuh cela.

Justeru salah siapakah jadinya:
akukah yang melakar terlalu jujur
atau diakah yang wajahnya terlalu kotor?

Aidil Khalid, 21 April 2009
Perpustakaan Tun Abdul Razak II, UiTM Shah Alam

2 comments:

siti asmaa ahmad said...

wajah siapakah yang diconteng, aidil?

Aidil Khalid said...

Asmaa,

'Lakar' dan 'wajah' itu hanyalah perlambangan sahaja. Hehe, bukan betul-betul. Untuk menggambarkan persoalan bahawa seni sebagai cermin masyarakat. Maksudnya kalau masyarakat itu buruk, hodoh, bobrok, maka karya seni juga (tak kira sama ada lukisan atau sastera atau apa sahaja cabang seni yang lain) akan ikut merakamkan yang buruk-buruk itu. Konsep ini ada disokong oleh SN Shahnon Ahmad dalam bukunya Setitis Embun Semarak Api.

Ops, penulis mana boleh ulas karya sendiri. Habis hilang seninya! =)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP