Saturday, May 09, 2009

Aiman Nak Jadi Polis

Aiman, Aiman, bila dah besar nanti, Aiman nak jadi apa?

Nak jadi polis.

Kenapa?

Sebab nanti boleh pegang pistol.

Nak buat apa dengan pistol?

Nak tembak kawan-kawan sekerja Aiman.

Hisy, kenapa pulak Aiman nak tembak kawan-kawan sekerja Aiman? Aiman kata nak jadi polis. Maknanya kawan-kawan sekerja Aiman polislah kan? Kenapa pulak Aiman nak tembak kawan-kawan polis Aiman?

Sebab Aiman tengok dalam youtube, polis jahat. Polis tangkap orang tak bersalah. Polis tangkap ramai orang. Suka-suka je tangkap.

Lagi?

Polis tangkap peguam yang nak tolong orang yang kena tangkap dengan polis tu.

Lagi?

Polis heret tuan speaker badan legislatif.

Habis tu kalau Aiman tahu yang polis tu jahat, kenapa Aiman sendiri nak jadi polis?

Sebab Aiman tengok dekat Malaysia ni yang paling ada kuasa cuma polis saja. Polis boleh tangkap siapa-siapa yang dia suka. Boleh tangkap politikus, boleh tangkap anak bini orang, boleh tangkap orang awam. Tak perlu ada waran tangkap. Tak perlu orang tu dah buat salah pun. Asalkah dah syak orang tu nak buat salah, dah boleh tangkap. Asalkan tak suka dengan muka orang tu, boleh tangkap. Malah kalau orang tu berniat baik, contohnya macam peguam yang nak tolong orang pun, boleh ditangkap juga. Polis memang raja. Raja di Malaysia. Sebab tu Aiman nak jadi polis. Sebab Aiman nak jadi raja. Bila dah ada kuasa, barulah Aiman boleh tembak semua polis-polis tu.

Termasuk diri Aiman sendiri?


* Aiman berusia 11 tahun.

3 comments:

naimisa said...

Dua tiga tahun lagi Aiman kan mengerti...

masa itu dia akan kata, "Aiman nak jadi Peguam!"

hahahahaha.....

Sayap Janna'im said...

Baguslah kalau Aiman nanti kata,
"Aiman nak jadi Peguam",
kalau tiba-tiba Aiman jawab
"Aiman tak kesah",
haa tu dah jadi suatu masalah..
hehe

Aidil Khalid said...

Naimisa dan Sayap Janna'im,

Saya tak kisah Aiman nak jadi apa pun. Asalkan jangan jadi politikus rakus, atau tunggangan politikus rakus itu. =)

Sebab dua golongan ini sanggup lakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan kerakusan diri. hehe.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP