Wednesday, May 06, 2009

Nak Pakai Baju Apa?

Saya bukanlah seorang yang cerewet dalam memilih pakaian. Malah selalunya main sarung sahaja apa-apa yang ada dalam almari tanpa berfikir cocok atau tidak warnanya, sesuai atau tidak pesennya, semenggah atau tidak gayanya. Tapi untuk besok, lain pula halnya. Tiba-tiba saya jadi cerewet. Tiba-tiba saya jadi tak tahu bagaimana hendak memilih.

Hmmh, nak pakai baju warna apa ya besok? Nak pakai baju hitam atau tidak ya?

Hmmh, susah pulak nak buat pilihan.

Dilaporkan seorang aktivis yang menyeru supaya rakyat beramai-ramai mengenakan baju hitam besok, iaitu pada 7 Mei 2009, sudah pun ditangkap polis di bawah akta hasutan. Saya jadi tertanya-tanya, kalaulah sekiranya (diulang: kalau) saya memilih untuk memakai baju hitam besok, adakah kemungkinan saya juga akan ditangkap sama? Kalau beribu jumlahnya atau berjuta gunggungnya rakyat jelata yang memilih untuk memakai baju hitam besok, adakah mereka semuanya nanti akan disumbat ke dalam lokap? Muatkah?

Hmmh, susah pulak nak buat pilihan kali ini.

Nak pakai baju apa ya besok?

Hmmh, susahnya nak buat pilihan!

7 comments:

sha filan said...

kehkehkehkehkeh....
hitam warne universal..
bodoh la kalu betul nak di ambil tindakan kpd sume org yg pakai bju itam..tp mungkin ad org yg bodoh utk bertindak begitu..who knows haha..

Abdullah Ghani said...

pakai laa aper yang ada....

Aidil Khalid said...

Sha filan,

Hehe, betul tu. Orang yang terdesak, sanggup buat apa saja. Tapi konfem tak muat punya kalau nak sumbat semua orang masuk lokap.


Abdullah Ghani,

Hang pakai baju hitam tak besok?

Anonymous said...

wajib pakai baju hitam besok..bullshit umnobn..

mahasiswa ukm kl

Aidil Khalid said...

Anonymous,

Garangnya....

Syarifah Zulikha said...

haha

Aidil Khalid said...

Syarifah Zulikha,

Apakah yang digelakkan itu? =)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP