Monday, May 04, 2009

Puisi: Politikus—Keliru—Rakyat

(Mingguan Malaysia; 3 Mei 2009)

Pagi itu saat bertemu seorang Melayu
dia memperkenalkan diri sebagai Awang
Awang anak Tok Lebai Isa
dari Kampung Sungai Tempesa
ingin berbakti buat anak bangsa
dan ingin lindungi hak istimewa.

Tengah hari itu saat bertemu seorang Tionghoa
dia memperkenalkan diri sebagai Allen
Allen Pua the Justice Upholder
dari sekolah perundangan terkemuka
ingin memperjuangkan hak sama-rata
jadi ingin hapuskan hak istimewa.

Petang itu saat bertemu seorang India
dia memperkenalkan diri sebagai Guna
Guna Ferdinand si jagoh hak asasi
dari parti harapan terkini
ingin melindungi kaum minoriti
juga ingin cairkan ras identiti.

Malamnya saat pulang ke rumah
dia tidur lalu bermimpi
mukanya tiga lidahnya dua.

Aidil Khalid
Kamar Suluk, Shah Alam


*Draf awal puisi ini pernah disiarkan di laman Penyair, Esastera.com, sebelum dikirim kepada editor Mingguan Malaysia.

2 comments:

ina marjana ulfah said...

salam aidil, lama tak ke sini & lama tak jumpa sehingga pagi selasa tempohari. Perasan tak, pertemuan tidak dirancang kita, tidak pernah di dalam kampus, hatta urusan peperiksaan pun, kebetulan pertemuan di seksyen 7.

Apa pun tahniah - puisi yang sinis. Juga tahniah untuk cerpen di berita minggu - sindiran bahasa inggeris yang pedas.

Semoga berjaya dengan cemerlang!

Aidil Khalid said...

Kak Ina,

Itulah... tak sangka jumpa Kak Ina di dewan periksa pulak kan. =)

Terima kasih atas ucapan.

Takut jugak saya sebenarnya kalau-kalau sangkut mana-mana kertas. Takut tak dapat ke LLB.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP