Wednesday, June 17, 2009

Jauhari dan Manikam

Saya sedang menggoogle maklumat lanjut mengenai pameran seni The Art of Mansor Ghazalli 1953-2008, ketika saya menemui sebuah blog ini, yang menceritakan sebuah kisah menarik mengenai karya Allahyarham Mansor Ghazalli. Saya petik entri blog tersebut:

Mansor Ghazalli menceritakan kepada saya sebuah kisah, bagaimana suatu ketika pihak surau telah membuat pungutan derma untuk membantu kerja-kerja renovasi membesarkan surau. Dia lalu mendermakan dua buah lukisan hasil karyanya agar lukisan itu dapat dijual dan hasilnya digunakan untuk renovasi itu. Malangnya, tidak ada siapa-siapa yang ternyata berminat membeli lukisan-lukisan tersebut – yang ditawarkan pada harga RM 250 setiap satu – walaupun harga pasarannya sepatutnya adalah RM 1000 setiap satu. Dia berasa sedih, tetapi mengatakan tidak apa-apa, kerana lukisan-lukisan itu kemudiannya telah terjual dalam sebuah pameran lukisan dengan harga RM 2000 setiap satu.

(Diterjemahkan oleh saya secara bebas dan longgar daripada petikan asal yang berbahasa Inggeris. Petikan asal boleh dibaca di sini.)

Oh, alangkah ironinya kisah ini. Menusuk, dan membuatkan saya terfikir, alangkah, alangkah benarnya ungkapan hanya jauhari yang mengenal manikam.

*Pameran tersebut masih berlangsung, dari 16 hingga 20 Jun 2009 di RA Fine Art Gallery.

3 comments:

Syukri Sapuan said...

salam sejahtera saudara.

tahniah. karya saudara,kekasih baharu tersiar di berita harian tempohari.

saya baru perasan tadi. baca akhbar di internet.

moga terus sukses selalu!

A. Muziru Idham said...

Tahniah bang.

Puisi abang tersiar dalam BH hari ini.
Semoga abang terus berjaya dalam arena penulisan.

Nak tanya, abang guna alamat email apa ya untuk hantar karya ke BH? Apa alamat email abang?

Aidil Khalid said...

Saudara Syukri Sapuan,

Terima kasih atas ucapan. Tapi sedikit pembetulan, sajak itu memang tersiar hari ini. =)


A Muziru Idham,

Saya sudah kirimkan ke facebook saudara alamat emel Susastera BH itu.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP