Thursday, June 11, 2009

Mengharamkan Sisters in Islam?

1. Mungkin ramai yang salah faham dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam hal berkaitan pengharaman Sisters in Islam (SIS). Agaknyalah. Dan SIS yang melatah tidak tentu pasal itu pun sama salah faham juga. Mungkinlah. Saya cuma boleh mengagak, sebab saya bukan ahli, apatah lagi jurucakap parti tersebut.

2. Setahu saya PAS bukan menggesa SIS diharamkan. Sebaliknya parti Islam itu menggesa supaya SIS disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Siasat di sini bermaksud mengkaji dan menilai pandangan serta pendirian yang didukung SIS sama ada menggugat akidah atau tidak.

3. Justeru isu kononnya usul tersebut menyekat kebebasan bersuara atau jumud kerana tidak mahu menerima perbezaan pendapat tidak seharusnya timbul. SIS malahan sepatutnya berterima kasih kepada PAS atas usul tersebut. Kerana melalui usul itu, PAS sebenarnya mengiktiraf SIS sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang telah sampai ke satu tahap sehingga wajar diberi perhatian oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Malahan sekiranya siasatan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu mendapati bahawa pegangan dan pendapat SIS sehaluan dengan akidah Islam, makanya tentulah SIS akan mendapat nama yang harum lagi wangi. Justeru, apakah yang hendak ditakutkan atau dirisaukan?

4. Barangkali timbul isu mengenai pengharaman SIS, kerana dalam usul tersebut juga ada menyebut bahawa, andai didapati SIS menyeleweng daripada akidah sebenar umat Islam, makanya SIS haruslah diharamkan.

5. Harus ditekankan di sini, bahawa gesaan mengharamkan hanya timbul ANDAI dan SEKIRANYA setelah penyelidikan dan penelitian selesai dibuat dan keputusannya mendapati SIS memang terpesong akidah. Sekiranya penyelidikan mendapati sebaliknya, makanya tentulah SIS tidak perlu diharamkan.

6. Kenapa pula harus timbul soal menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan berpendapat? Perlembagaan Persekutuan sendiri memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa agama bagi menyekat penyelewengan dalam hal berkaitan dengan agama Islam. Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan misalnya memperuntukkan: “State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law, may control or restrict… any religious doctrine of belief among persons professing the religion of Islam.” Adalah jelas, daripada petikan ini, bahawa Perlembagaan Persekutuan membenarkan sekatan bagi tujuan pemeliharaan akidah Islam.

7. Saya melihat isu usul PAS ini tidak lebih daripada isu-isu pengharaman ajaran-ajaran sesat seperti Ayah Pin, Al Arqam, Al Maunah dan lain-lain – yang mana badan-badan ajaran ini, setelah diteliti dan diselidiki dengan menyeluruh, dan setelah mendapatinya bercanggahan dengan akidah, telah diharamkan. Kenapa pula dalam isu Ayah Pin, Al Arqam, dan Al Maunah, tidak timbul isu kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat?

8. Seorang mantan perdana menteri yang terhormat lagi bijaksana telah menyelar PAS atas usul tersebut. Kata mantan perdana menteri yang terhormat lagi bijaksana itu, kononnya usul tersebut menyerlahkan gambaran sebenar akan corak pemerintahan PAS (yang drakonian) sekiranya parti itu berjaya memerintah negara. Tetapi barangkali mantan perdana menteri yang terhormat lagi bijaksana itu lupa bahawa ketika zaman pemerintahannya sebagai seorang perdana menteri yang terhormat lagi bijaksana, berpuluh gerakan dan badan telah diharamkan atas nama penyelewengan akidah Islam. Mungkin dia lupa. Mungkinlah.

9. Memandangkan hal ini adalah masalah akidah, yakni masalah dalaman ajaran Islam, pihak-pihak luar yang bukan Islam – termasuk terutamanya DAP dan juga sebahagian PKR – tak perlulah hendak buat bising sibuk-sibuk masuk campur. Bagaimana kalau orang Islam mengganggu agama mereka – tentu mereka juga akan berasa tidak gembira.

10. Akhir sekali, ditekankan sekali lagi, bahawa SIS tidak perlu diharamkan. Usul PAS tersebut hanya menggesa SIS diharamkan, andai sekiranya, setelah penelitian dan penyelidikan yang menyeluruh dibuat, mendapati pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh badan NGO tersebut bercanggah dan menguggat kemurnian ajaran Islam. Dan hal ini selari dengan peruntukan kebebasan bersuara (yang berhad) dalam Perlembagaan Persekutuan.

11 comments:

Azree Ariffin said...

Saya bersetuju bahawa SIS perlu disiasat dan dibuktikan penyelewengan akidah mereka.

Secara alternatif, perkataan "Islam" pada nama SIS juga harus dikaji kembali.

sha filan said...

hehe...
yg pasal mantan pm tue..
dh anak die pun ade dlm organisasi tue...
ngan die2 skali hangat badan bile org kate mcm 2..
hehehe

Aidil Khalid said...

Azree,

Ya, alternatif menukar perkataan 'Islam' pada nama SIS sekiranya didapati pendirian mereka menyeleweng adalah satu pendekatan yang 'menang-menang', saya kira. Menang di pihak SIS, menang juga di pihak Islam. Kerana SIS boleh terus bebas menjadi ekstremis pejuang hak emansipasi wanita ala barat mereka, sedangkan Islam pula terpelihara kemurnian ajarannya. =)


Sha Filan,

Itu lah pasal. Mantan PM kita tu terlalu bijaksana orangnya. Hehe.

Abdullah Ghani said...

tak payah haram2..

think positive :D

Aidil Khalid said...

Abdullah Ghani,

Seorang perompak datang memecah masuk ke rumah kemudian hendak merogol sang isteri. Si suami hanya tersenyum memerhatikan sambil berkata, "Think positive. Tak perlu lawan-lawan, biarkan si perompak lakukan apa yang dia mahu."

=)

rahim ali said...

dil ko wat satu artikel pasal chin peng leh x ? pembangkang nak chin peng msk tp kerajaan xbg. kite berdua dh bce buku chin peng kan so dh tau perjuangan die. wat lah satu.

Abdullah Ghani said...

weh rahim...penggiat blog aidil skrang!

Abdullah Ghani said...

buat laa satu blog,rahim.kau ada kamre kan ?

Aidil Khalid said...

Rahim,

Aku tak berani nak tulis pasal Chin Peng, sebab aku sendiri belum dapat buat pendirian muktamad dalam hal ni, sama ada nak sokong atau tidak dia dibenar pulang. Soalnya isu ni lebih kompleks. Dalam satu hal, kita tak boleh nafi yang PKM dah buat banyak keganasan, dan kita juga tak boleh nafi yang PKM berjuang bukan untuk kemerdekaan Malaya, sebaliknya untuk menjadikan Malaya negara jajahan gerakan komunisme seluruh dunia. Tapi dalam masa yang sama jugak kita tak boleh nafi bahawa dalam PKM itu sendiri, ada individu-individu yang ikhlas berjuang untuk kemerdekaan -- dan mereka ni masuk komunis sebab waktu ketika itu tidak ada medium lain untuk mereka menentang Jepun melainkan MPAJA. Aku sekarang ni tengah dalam proses nak menghabiskan Memoir Shamsiah Fakeh (dah lebih setahun beli, tapi baru nak mula baca!)

Kau sendiri macam mana padnangan ko?


Hasri,

Rahim dah ada blog lah. Dah lama ada dah. Cuma tak berupdate je.

rahim ali said...

klu isu chin peng aku x stuju die blk sbb cm ko ckp ideologi komunis die bukan utk kemerdekaan tp jajahan komunis. pjuang2 len mmg xd medium jd mgkin ats dasar tu krajaan benarkan diorang pulang.ehm tapi aku pn nk tau prjuangan rashid maidin & shamsiah fakeh, nk dgr cte diorang lak. tp bg aku ada byk lg isu bsar pembangkang ada. sama je cm kerajaan, isu PPSMI lum settle die sbuk nk wjibkan BI lulus. anwar dr die sbuk psl chin peng lg elok die sbuk psl balu2 askar yg mati dulu. byk yg msih hdup mlarat.

hasri;
aku dh ada blog mmg tp aku xcm aidil & ko lah.malas nk taip.:-)

Junior said...

Thanks for sharing with me.brain dumps

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP