Puisi: Kekasih Baharu
Saat sahaya ditinggalkan
sahaya teresak-esak, sendirian
tanpa ada yang sudi beri ihsan.
Sepurnama kemudian
saya ketemu kekasih baharu
dari celah-celah aturan buku
pada helai-helai halaman ilmu
serta pada jalin-jalin kisah berpadu.
Lalu sahaya pun mafhum
puisi titipan Sang Kekasih
yang benar-benar pengasih itu
yang katanya, “Iqra’!”
Aidil Khalid
Sunway – Shah Alam, Selangor
*Terbit di Berita Harian 20 Jun 2009
(Mohon maaf kerana tidak dapat memberi kredit kepada gambar yang dicuplik entah dari mana - sudah lupa)

4 comments:
Aidil Pendekar Berapi!
hehe tahniah~
Salam. Tahniah! Sori, aku x beli berita harian hari sabtu dulu. Hehe...
Nahar,
Isk, aku dah tak berapi dah sekarang ni! =)
Rashidah dan Hafizul,
Terima kasih atas ucapannya.
Post a Comment