Monday, June 01, 2009

Puisi: Tempatnya Tuhan

(sebuah tempelakan)


Bersaksilah wahai sang pemusafir
bahawa tiada Tuhan melainkan hanya di tanah air
tidak di Jakarta tidak juga di Bandung
apa lagi kalau di Paris atau di kota London.

Ketahuilah wahai sang pengembara
bahawa kita sedang sangat, oh, tersangat dura
dari tanah air tempat satu-satunya Tuhan ada
lantas kau bebas di sini tanpa batas apa-apa.

Nikmatilah wahai sang kelana
bahawa di sini tidak ada syariat tidak ada agama
tidak perlu kau solat tidak perlu kau beramal takwa
kau juga bebas bermaksiat kau juga bebas bernoda.

Oh, bersaksilah wahai sang pemusafir
oh, ketahuilah wahai sang pengembara
oh, nikmatilah wahai sang kelana
kerana Tuhan kalian bukan Allah yang esa.

Kerana ternyata kalian hanya
bertuhankan jabatan penguatkuasa.

Aidil Khalid
Bandung – Jakarta

*Terbit di Mingguan Malaysia, 31 Mei 2009

10 comments:

seruling emas said...

Salam ukhwah.

Oh, begitu sinis puisinya. Apakah di sana terlalu bebas?

Aidil Khalid said...

Seruling emas,

Bukan soal bebas atau tidak bebas, tetapi soal di mana Tuhan diletakkan -- di dalam hati, atau tertinggal di tanah air saat berkelana. Hehe. Salam ukhuwah. =)

seruling emas said...

Oh begitu.

Apakah terlalu bebas dan seronok sehingga Tuhan dilupakan? Atau Tuhan masih utuh dalam diri walaupun segala macam goda melingkungi diri? Atau Tuhan hanya di tanah air sehingga di luar lingkungan tanah air bebas untuk melakukan apa sahaja?

seruling emas said...

Terima kasih ya atas pemberitahuan cerpen saudara tentang persilatan itu.

Ya. Saya pernah baca cerpen itu. Malah saya telah mengeratnya dan simpan sebagai koleksi peribadi. Cerpen itu amat memikat hati saya. Saya mahu tanya, adakah saudara pernah baca cerpen Mencari Gayung karya Serunai Faqir?

Aidil Khalid said...

Seruling Emas,

Saya belum baca lagi cerpen itu. Tapi buku kumpulan cerpen Mencari Gayung itu memang dah masuk senarai buku yang harus dimiliki. Kulitnya yang cantik, sungguh menggiurkan.

seruling emas said...

Oh, sama la dengan saya. Bukan apa. Sebenarnya, saya membutuhkan cerpen Mencari Gayung tu. Keratan cerpen tu dah hilang dari simpanan saya.

huuwaaaaa.....

Cerpen tu la yang memberi ilham kepada saya untuk berkarya. Sebab selalu dikendong ke mana-mana sahaja saya pergi. Tapi, entah macammana boleh hilang. Sedih betul. Sebab itulah saya amat-amat membutuhkan antologi cerpen itu.

BiLA PenA bERbicAra said...

tahniah Aidil!
kenapa tak diberitahu kamu ke Bandung? kepingin memesan buku2 dari sana.hu3

Aidil Khalid said...

Seruling Emas,

Moga-moga akan segera dapat kumpulan cerpen itu, dan segera pula kembali pulih ilhamnya. hehe.

Eja,

Terima kasih atas ucapan. Sebenarnya hari tu saya ada postkan mengenai nak ke Bandung dalam facebook. Eja tak ada facebook ya? Atau ada, saya yang tak add?

M.A.Uswah said...

Assalamualaikum, salam penulisan & salam perjuangan. Moga dlm naungan kasih sayangNya selalu.

Anonymous said...

perlu memeriksa:)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP