Saturday, July 18, 2009

Cerpen: Romansia II

... Dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) yang diguna pakai di negeri ini, peruntukan yang barangkali paling relevan bagi menyabitkan kesalahan terhadap Robert Aduka adalah seksyen 377A, iaitu persetubuhan luar tabii. Seksyen tersebut menyebutkan bahawa: “Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.”

Tetapi soalnya, peruntukan itu menyebut dengan jelas kata ‘seseorang lain’, oleh itu, sebuah romantina yang dianggap sebagai robot tidak termasuk dalam lingkungan maksud ‘seseorang lain’ itu. Tambahan pula romantina tidak punya dubur mahupun mulut. Justeru, pangkas peguam bela, seksyen 377A tidak boleh diguna dalam kes ini....

Untuk membaca cerpen penuh Romansia II, dapatkan Berita Harian 18 Julai 2009, atau klik sini untuk membaca versi atas talian.

6 comments:

Zulfazlan Jumrah said...

Salam Aidil.Tahniah, antara cerpen terbaik kau yang pernah aku baca. Jajaran falsafah logikal yang menghujahkan konsep manusia dan mesin menjadi kekuatan cerpen ni. Plotnya agak klise, satu proses perundangan yang akhirnya menemukan satu keputusan yang memihak kepada golongan yang ditindas. Perisainya bersifat paradoks dengan melontarkan kembali kesedaran tentang hakikat manusia yang tidak lagi manusia pada hari ini.

Sekali baca, cerpen ini seperti bersifat kritik feminis yang didomonasi oleh sisi gainokritik, dengan melihat keupayaan pengarang lelaki merentangkan isu berkaitan feminis (Ellize Izlina boleh dilihat dalam kerangka feminis. Tetapi, di kebanyakan plot penceritaan,kisah Robert Aduka sesekali membaurkan story view dengan konsep gainokritik,iaitu melihat lelaki itu sebagai 'masalah'. Apa pun, ia cerpen yang baik (terselit storygrafik perundangan), dan aku setuju kalau kau kembangkan ia menjadi sebuah novel.

Aidil Khalid said...

Wah, ulasan yang panjang lebar, terdiam sekejap aku membacanya. Hehe. Waktu menuis, aku sama sekali tak nampak isu tentang feminis atau konsep lelaki sebagai masalah. Terima kasih kerana menampakkan aku akan apa-apa yang aku tidak nampak. =)

Tentang menjadikannya sebuah novel, sebenarnya aku lebih tertarik untuk buat kumpulan cerpen (atau nopen - novel cerpen), macam Dr Anwar Ridhwan punya buku, Naratif Ogonshoto, atau Dr Irwan punya novel, Cinta Berbalas di Meja 17. Kumpulan cerpen yang mana setiap cerpen boleh berdiri sendiri, tetapi diikat oleh satu latar dan watak-watak yang sama.

Ahmad Soffian said...

saya suke yang ini..sangat menarik dan agak kinky....lain dari yang lain... hehe..good job aidil..

Aidil Khalid said...

Kinky? Ehehe!

Eskapisminda said...

Salam, pertama kali TErtiba di sini. Saya sangat suka kandungan blog anda.

Juga berminat ingin membaca Romansia II kerana link yang diberi sudah invalid. Mohon email ke intansuzana@gmail.com , jika sudi.

terima kasih penulis hebat

Aidil Khalid said...

Eskapisminda,

Oh, maaf kerana link tak boleh buka. Pun, cerpen tersebut boleh dibaca di link ini pula:

http://sudut-kreatif.blogspot.com/2009/07/romansia-ii.html

Tuan empunya blog tersebut telah copy dan paste di blog beliau.

Salam hormat.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP