Friday, August 07, 2009

Wajah Baharu

Kalau tak silap, sudah hampir lima tahun penampilan blog ini kekal statik -- tidak pernah ada sebarang perubahan pada reka bentuknya. Justeru hari ini entah apa anginnya tiba-tiba sahaja mendapat mood untuk menggodek template. Dan hasilnya adalah apa yang anda lihat sekarang. Saya tak pasti mana lebih elok -- penampilan yang dahulukah atau yang sekarang -- tapi apa yang saya tahu adalah saya mahukan pembaharuan. Sudah terlalu lama tanpa sebarang pertukaran, muak jugak.

Gambar di bawah ini adalah rupa blog sebelum ditukar.



Kerja-kerja menggodek masih diteruskan, belum selesai sepenuhnya. Dan sila baca entri ini secara dua lapisan makna. Lapisan pertama secara literal, dan lapisan kedua dalam nada satira. =)

5 comments:

Mas said...

aidil... nice...
cantik gambar kopi dalam cawan.. eheheh...

Tinta Ibn Awwal said...

Cantik blog. Hilang dah kejumudan blog lama..

Aidil Khalid said...

Mas dan Tinta,

Terima kasih. =)
Gambar cawan dan kopi itu terima kasih kepada ourblogtemplates.com yang menyediakan desain-desain menawan. Tugas saya cuma menyusun ke kiri sikit, ke kanan sikit, ke atas sikit, atau ke bawah sikit, daripada apa-apa desain asalnya agar memenuhi selera peribadi. hehe.

sarah said...

salam,
lama tak menjengah ke sini, tiba-tiba dihidang kopi :)

Aidil Khalid said...

Sarah,

Kalau kopinya enak, sudi-sudilah datang lagi. Tapi kalau kopinya pahit, tegur-tegurlah supaya nanti boleh ditambah gula. =)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP