Tuesday, September 01, 2009

Novel Bersiri: Dengan Tinta (blurb)

Keadaan siasah sungguh celaru. Orang Melayu berbalah saling sesama. Itu keadaan di luar. Sedang dalam kampus, lain pula ceritanya. Seorang mahasiswa bernama Zaqwan menyimpan perasaan terhadap Min, gadis manis rakan sekuliahnya. Tetapi sebagai lelaki introvert, dia tidak punya keberanian untuk memulakan langkah pertama, apa lagi untuk meluahkan. Justeru Zaqwan memutuskan untuk membantu ayah Min, bagi menuliskan sebuah kisah dengan harapan untuk memikat hati pak cik tersebut sebelum memikat hati anaknya. Lantas ini adalah kisahnya, kisah yang ditulis oleh Zaqwan mengenai atuk Min – ditulis dengan tinta dengan harapan untuk mendapat cinta:
Bahawa tahunnya adalah 1941. Jepun menyerang Tanah Melayu. Bom gugur di Singapura. Serangan darat dari Kedah dan Kelantan secara serentak. Kemaraannya begitu pantas. Kurang dua minggu, tentera Jepun sudah sampai ke Johor. British bertempiaran lari. Tinggal Singapura kubu mereka. Jepun ingin melakukan serangan habis-habisan, dan sebagai persiapan sebelum menggempur, arahan pun dikeluarkan. Bahawa Johor Bahru harus dikosongkan seluruhnya. Peperangan besar-besaran dijangkakan bakal meletus. Maka rakyat setempat pun terpaksa bermai-ramai menuju ke hutan rimba di Kempas bagi mencari perlindungan. Entah berapa lama mereka perlu menjadi pelarian, tidaklah pula mereka ketahui di waktu itu.
Ini bukan sorot sejarah cuma. Ini kisah tentang manusia. Yang mengungkap sikap dalam mendepani nasib duka. Juga kisah tentang hati lelaki yang dirundung lara. Ini kisah tentang cinta. Yang diungkap dalam dua zaman. Dan ditulis dengan tinta.

Bagaimanakah akhirnya hubungan Zaqwan dengan Min – akan terjalinkah sama-sekali? Dan bagaimanakah pula nasib rakyat yang beribu-ribu berlindung di hutan Kempas itu? Apakah pula gerangannya persamaan yang ditemui oleh Zaqwan saat menulis kisah 67 tahun lalu – ketika Jepun mula-mula mendarat – dengan nasib orang-orang Melayu di zaman ini – setelah setengah abad merdeka – dalam siasah semasa yang penuh serabut celaru?

*Novel Dengan Tinta akan mula disirikan setiap hari Ahad di akhbar Berita Minggu bermula 6 September ini. Dapatkan naskhahnya setiap minggu bagi mengikuti kisahnya.

9 comments:

FahdRazy said...

Tahniah. Tak sabar nak membaca

Nissa' Yusof said...

Tahniah dari saya juga :)

A. Muziru Idham said...

Tahniah ya bang.
Tak sabar nak baca ni.
Huhu...

Aidil Khalid said...

Fahd Razy, Nissa', dan Muziru,

Terima kasih atas sokongan. Jangan lupa memberi pandangan kalau ada tersalah silap saya menulis nanti. =)

Wanabubakar said...

tahniah atas pencapaian ini. BH tu saya dah ada. nak cuba baca malam ni.

Aidil Khalid said...

Tuan Wanabubakar,

Terima kasih sudi membaca karya yang seadanya itu.

NorziatiMR said...

Tahniah. Moga istiqamah dalam perjalanan ke akhir tinta

khairi said...

Tahniah Bro.. :)

Aidil Khalid said...

Kak Norziati dan Khairi,

Terima kasih, ya, atas ucapan. =)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP