Tuesday, September 15, 2009

Ulang Tahun Pertama Pembohongan 16 September

Tanggal 16 September tidak wajar kita lalui tanpa melakukan sebarang peringatan khusus. Tarikh ini harus senantiasa diingat-ingati supaya dapat menjadi peringatan buat semua. Bahawa pada tarikh ini, setahun yang lalu, kita telah melihat bagaimana seorang politikus atas kepentingan peribadi sanggup menjadi badut yang membohong, memporak-peranda, malah paling utama, memperbodoh-bodohkan seluruh rakyat Malaysia (bahkan dunia juga). Tarikh ini tidak mungkin kita lupakan. Kerana tarikh ini mengingatkan kita betapa sudah tidak wajar lagi kita bergantung harap kepada mana-mana politikus tanpa mengira dari kem mana sekalipun dia berdiri. Baik yang dari haluan kanan baik juga yang dari haluan kiri. Kalau sudah namanya politikus....

POLITIKUS–KELIRU–RAKYAT

Pagi itu saat bertemu seorang Melayu
dia memperkenalkan diri sebagai Awang
Awang anak Tok Lebai Isa
dari Kampung Sungai Tempesa
ingin berbakti buat anak bangsa
dan ingin lindungi hak istimewa.

Tengah hari itu saat bertemu seorang Tionghoa
dia memperkenalkan diri sebagai Allen
Allen Pua the Justice Upholder
dari sekolah perundangan terkemuka
ingin memperjuangkan hak sama-rata
jadi ingin hapuskan hak istimewa.

Petang itu saat bertemu seorang India
dia memperkenalkan diri sebagai Guna
Guna Ferdinand si jaguh hak asasi
dari parti harapan terkini
ingin melindungi kaum minoriti
juga ingin cairkan ras identiti.

Malamnya saat pulang ke rumah
dia tidur lalu bermimpi
mukanya tiga lidahnya dua.

Aidil Khalid,
Kamar Suluk, Shah Alam
(Terbit pertama kali di Mingguan Malaysia 3 Mei 2009)

15 comments:

Torpedo said...
This comment has been removed by the author.
Torpedo said...
This comment has been removed by the author.
Torpedo said...

Pada pendapat peribadi aku, itu bukan pembohongan. Ia sesuatu yang akan benar-benar terjadi seandainya tidak ada usaha-usaha untuk menghalang tindakannya. Tetapi, kita merancang tuhan yang menentukan.

Sebagai contoh, Awang mahu menelefon ibunya bahawa dia akan pulang ke kampung bersama-sama isteri dan anak-anaknya. Pada hari bertolak, hujan turun dengan lebat dan kebetulan pula kereta rosak pada waktu itu. Dan dia membatalkan hasratnya untuk pulang ke kampung.

Awang menelefon ibunya bahawa dia tidak jadi pulang ke kampung, dan memberitahu sebab dan musababnya. Ibunya menjawab "Awang bohong pada mak. Awang kata nak balik hari ini". Ibunya tetap mengatakan begitu walaupun sudah dimaklumkan akan sebab dan musababnya.

Tinta Ibn Awwal said...

Kelihatan macam ramai menentang ni Dil?? Haha. Soe Hok Gie berpujangga ' dalam politik tak ada moral. Bagiku sendiri politik adalah barang yang paling kotor, lumpur-lumpur yang kotor. Tetapi suatu saat dimana kita tak dapat menghindar diri lagi, terjunlah. Kadang-kadang saat ini tiba-tiba, seperti revolusi dahulu '. Nah, dalam sekali maksudnya. Aku setuju juga kalau dikatakan politikus yang benar-benar jujur hampir pupus ditelan zaman. Tapi tidak bermakna sudah tiada bukan? Sememangnya 'orang itu' tak termasuk dalam senarai ko la kan? Haha

Torpedo said...

Politik itu anugerah tuhan. Politik adalah seni, politik juga adalah satu ilmu dan ia adalah bersih. Manusia yang mengotorkan politik itu. Walaupun politik yang asal itu bersih telah dilumpurkan, tidak bermakna kita harus mengabaikannya atas alasan kita tidak mahu bermandi dengan lumpur itu. Kerana politik itu adalah sebahagian dari agama Islam. Keterlibatan dalam politik adalah fardhu kifayah. Adalah sekular kalau kita memisahkan kedua-duanya.

Aku tidak berapa kisah sangat apa yang dikatakan oleh ahli falsafah yang tidak beriman kepada Allah SWT, kerana tunjang pemikirannya bukanlah perpaksikan kepada wahyu Allah SWT. Dan kita sebagai orang Islam mesti sentiasa merujuk kembali apa yang telah dicontohkan Al Quran dan Sunnah dalam berpolitik.

Aidil Khalid said...

Tuan Torpedo,

Terima kasih atas pandangan, walaupun kita mungkin berbeza pendapat -- perbezaan pandangan itu kan hikmah. =)

Soalnya perkara yang diuar-uarkan kononnya bakal berlaku pada 16 September tahun lalu itu sebenarnya sama sekali mustahil berlaku kalau disorot dari sudut proses perundangan. Parlimen tidak bersidang pada tarikh tersebut. Jadi sahlah ia satu pembohongan. Dan kalaupun kita mahu beralasan bahawa ia tidak berlaku kerana ada aral-aral yang dilintangkan oleh pihak musuh, sebenarnya masih banyak lagi isu-isu lain yang menyerlahkan sisi tidak bermaruah sang politikus itu. Budaya lompat parti yang seolah-olah hendak dijadikan sebagai suatu pesta besar-besaran pada tarikh tersebut bukankah suatu tindakan yang tidak bermoral? Dan apabila terkena ke batang hidung sendiri di Perak, masing-masing berkelam dan berkabut, kerana senjata telah memakan tuan.


Abi,

Ahaha, bak kata Soe Hok Gie juga, "Politik tahi kucing!"


Torpedo,

Ya, benar, politik itu sebahagian daripada tuntutan agama. Cumanya saya sedikit sangsi, adakah parti yang memulakan budaya lompat parti secara besar-besaran itu bukan sebuah parti yang sekular?

Apabila saya katakan bahawa kita "sudah tidak wajar lagi bergantung harap kepada mana-mana poitikus," bukanlah maksud saya kita tidak perlu berpolitik. Cuma saya berpendapat lebih elok kalau kita yang memperguna-gunakan politikus, dan bukannya politikus yang memperguna-gunakan kita. Contoh paling baik barangkali adalah dalam hal PPSMI tempoh hari. Dalam isu ini, kita meihat para politikus telah berjaya kita guna-gunakan supaya menurut pada kehendak kita. Yang memulakan penentangan terhadap isu ini bukan politikus, sebaliknya pejuang bahasa. Tapi para politikus terpaksa menurut atas kepentingan mereka.

Allahua'lam.

Ahmad Soffian said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Soffian said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Soffian said...

kawan saya ada cakap: demokrasi adalah alat,alat untuk mengawal rakyat..kerana dalam demokrasi sahaja rakyat akan diam kerana dia fikir orang yang diatas itu adalah orangnya...

aku cakap: politik ini bukan datang sebagai hadiah Tuhan kepada manusia. politik ni adalah dugaan Tuhan kepada yang ingin berkuasa di kalangan manusia..kamu lalai kamu ke neraka, kamu corrupt kamu pun akan keneraka.. kamu zuhud, barulah dapat cium bau syurga..

tapi kat malaysia nie, tiada yang jujur dalam berpolitik..dari kampus sampai lah ke PRU..semuanya ada hal sendiri..aku orang UMNO n penah keje ngan PKR n aku SMPP fakulti so kirenye aku tau lah sikit2 bab2 nie..hehe...

dil aku dah buat blog baru..dunia seram bersama pian..check it out lah ek....
pada pendapat saya tentang entri encik aidil pada kali ini ialah,

"manusia itu tetap manusia.. tidak kira apapun sifatnya ia tetap manusia..manusia suka berbohong,manusia suka bergaduh, kenapa? kerana dia manusia.. manusia suka ditipu..kenapa? kerana dia hanya ingin dengar apa yang dia mahu dengar.."

Aidil Khalid said...

Ahmad Soffian,

Aku percaya sifat semula jadi manusia sebenarnya tidak begitu. Cuma manusia menjadi binatang apabila tidak lagi memusatkan hidupnya atas satu tujuan, iaitu tujuan akhirat. Sebab itu dalam politik tak boleh ada tujuan lain -- tak boleh tujuannya untuk bangsa, tak boleh tujuannya untuk kaya, tak boleh tujuannya untuk apa sahaja -- melainkan seharusnya tujuannya adalah untuk menegakkan syiar Allah.

Anonymous said...

apa ni wat sajak jenis2 ampu..patut la dapat siar kat utusan

Aidil Khalid said...

Tuan Anonymous,

Saya tak ada kepentingan apa-apa untuk mengampu siapa-siapa. Soalnya adakah pihak pembangkang sudah terlalu maksum sehingga tak layak lagi diberi kritikan walau sedecit? Dan adakah kritikan hanya layak ditujukan kepada pihak kerajaan sahaja, sedangkan kalau pembangkang buat salah kita harus memejamkan mata buat-buat tak nampak? Kalau kritik kerajaan dikata hero berani bersuara lantang, sedang kalau mengkritik pembangkang dikata pengampu? Begitukah? Ayuhlah, saya mengajak sungguh-sungguh, marilah kita nilai secara adil dan waras.

Oh, dan bersempena hari raya yang mulia ini, saya ingin memohon maaf zahir dan batin. =)

syahlan.shafie said...

Dil, pada hemat aku, Anwar tak menipu, cuma gelojoh =) Betul tak?

Artikel 10 yang memberi kebebasan berpersatuan dan sekaligus menjustifikasikan perbuatan Nordin Salleh, perlu disemak dan dipinda..

Apa yang dicanang oleh Anwar dalam coup 16 September dan perubahan kerajaan negeri di Perak, tak ubah macam senjata makan tuan..

Haha..politik tahi kucing...lawak2.. =P

Ahmad Soffian said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Soffian said...

kepada encik/puan anonymous...

kalau lah ko kenal aidil khalid nie, mesti ko tak cakap dia mengampu sebab pada aku aidil khalid adalah salah satu pejuang "individuality" yang aku kenal....

kepada syahlan,

memang anwar tu menipu..haha.. situasi 1) cakap kat org melayu,"jangan risau,kite tetap akan berkuasa selepas BN tumbag,"

situasi 2) pastu cakap kat bangsa lain "negara ini bukan untuk org melayu sahaja, semua bangsa akan menjadi ketua"...

hasil dari situasi 1, orang melayu tertipu..

hasil dari situasi 2) chaos...

asyik pembangkang je kritik kite, ni lah masanya nak kritik pembangkang...

kah..kah...kah...

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP