Thursday, March 18, 2010

Surat

Thanks for the approve, Aidil. It's been a long time since your last update. And even Dengan Tinta has reached its ending on the newspaper.. Really miss your thoughts.

Anyway, how's life?

Hawa Niswah

* * * * *

Assalamualaikum wbt.

Sdri Hawa Niswah,

Terima kasih atas keperihatinan dalam mengikuti perkembangan penulisan saya. Dan maaf kerana lambat memberi balasan mel ini. Mutakhir ini saya selalu sibuk, dan apabila ada waktu senggang untuk menulis, biasanya sudah terlalu penat untuk memikir apa-apa hatta untuk menjalin satu ayat. Natijahnya, akhir-akhir ini saya merasa sedikit terpisah daripada arus kesusasteraan. Saya jarang-jarang menulis, dan hanya sesekali punya masa untuk membaca karya-karya sastera. =(

Tentu sekali, hal ini bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Tapi rasanya memang begitulah cabaran yang akan dihadapi oleh siapa-siapa pun -- harus belajar membahagi waktu antara tugasan hakiki yang harus dilangsaikan di satu tangan, dengan minat dalam kesusasteraan di satu tangan yang lain. Barangkali pengarang-pengarang mapan yang terdahulu boleh dijadikan panduan. Anthony Trollope misalnya dikatakan bangkit seawal jam lima pagi semata-mata untuk menulis dan hasilnya beliau mencipta nama sebagai salah seorang novelis paling prolifik di zaman Victoria. Begitu juga dengan penulis semasa, John Grisham yang ketika masih bekerja, terpaksa bangkit pada pukul lima setengah pagi untuk menyiapkan tulisan novel pertamanya di tengah-tengah kesibukan pekerjaan harian.

Doakan supaya saya dapat menjadi seteguh dan sedisiplin mereka.

Salam,
Aidil Khalid


*Gambar dicuplik dari anumzmikita.blogspot.com

3 comments:

hanis said...

SalaAm..

Mungkin saya orang pertama baca, saudara Aidil..

wsxwhx712 said...

IS VERY GOOD..............................

Aidil Khalid said...

=)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP