Tuesday, May 25, 2010

Sajak: Wilayah Ghaib

WILAYAH GHAIB

I
“Pulanglah wahai ayah kami, oh pulanglah.”

II
Dalam wilayah taksub
tak ada tempat untuk akal berfikir.
Dalam wilayah fanatik
tak ada ruang untuk fikir mewaras.
Segalanya telah diikat dan dirangkum
oleh ungkapan “sami’na wa’ato’na
– kami dengar dan kami patuh –
(tanpa dibenar menyoal lanjut).

Lalu kepintaran kurniaan Tuhan kaucampakkan
jauh-jauh untuk diberi makan
kepada kerabat-kerabat anjing, lahap dan lapar
penuh kurap dan kotor
dan sisanya dikencing-berakkan di tepian jalanan
yang kaugelarkan lorong perjuangan
kau pula menjilatnya bagai penuh kehausan
yang kaugelarkan titisan keimanan.

III
"Pulanglah wahai ayah kami, oh pulanglah."

IV
Janganlah kauanehkan lagi, kalau
setiap kali kata-kata seruan itu kaudengungkan,
kuburannya menjadi membahang panas
berasap-asap dan menyala
merah dan membara.

Aidil Khalid
24-25 Mei 2010

1 comment:

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP