Tuesday, July 26, 2011

Sesuatu yang Baharu

Menyaksikan – bahkan terlibat sedikit sebanyak secara langsung dengan – suatu permulaan, memang selalunya akan mengghairahkan. Apa yang lebih mengghairahkan lagi ialah sekiranya permulaan itu dilihat mempunyai potensi besar, untuk dalam jangka waktu yang panjang, menjadi sesuatu yang mencipta fenomena dan diterima ramai. Inilah barangkali yang boleh dikatakan mimpi besar sang pemimpi kecil.

Maafkan saya kerana belum boleh mengisytiharkan apakah “permulaan” yang dimaksudkan itu, kerana belum mendapat kebenaran daripada bos besar. Eheh. Jadi cukuplah di peringkat ini sekadar saya merujuknya dengan panggilan “sesuatu yang baharu”.

Pada peringkat ini, tim kecil “sesuatu yang baharu” sedang bertungkus-lumus membangunkan imej yang sesuai untuk dipakaikan kepada “sesuatu yang baharu” itu. Kami berbincang-bincang dan berbahas-bahas sedemikian panjang hanya untuk memberikan nama yang sesuai kepadanya. Saya kira ini sesuatu yang sihat, kerana sekiranya “sesuatu yang baharu” benar-benar mahu dibangunkan sebagai mewakili suara semua pihak dalam dunia sastera kita yang serba kecil ini, maka ia perlulah mempertimbangkan suara-suara pelbagai pendapat. Tanpa proses intens seperti ini, maka sukar untuk “sesuatu yang baharu” mengaku mengangkat semua pihak dan aliran dalam sastera. Saya berdoa agar tim kecil “seuatu yang baharu” akan bersifat terbuka dan meraikan perbezaan pendapat.

Dan yang paling utama, moga-moga "sesuatu yang baharu" dapat bertumbuh dan membesar menjadi alternatif -- atau istilah lebih kasar sedikit, "menggantikan" -- birokrasi sastera yang sudah sampai ke tahap nazak sekarang ini.

Hidup “sesuatu yang baharu”! =)

4 comments:

safura said...

zine? :)

Aidil Khalid said...

Haha, belum boleh beritahu lagi apa. Untuk peringkat ini, cukuplah sekadar dikenal sebagai "sesuatu yang baharu". =)

Putra Rman said...

kedengaran sesuatu yang menaik! moga dapat ketahui nanti ;)

Aidil Khalid said...

InsyaAllah, akan diumumkan sedikit waktu nanti. Doakan berjalan lancar. =)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP