Wednesday, October 05, 2011

Tidak Masuk Akal

Memaksakan kayu ukur objektif terhadap sesuatu yang subjektif
(seperti kesenian dan kesusasteraan)
adalah seumpama mengukur kesedihan seluruh umat manusia
menggunakan sebatang pembaris kontot –

ti-dak-ma-suk-a-kal.

15 comments:

Anonymous said...

Tahukah anda sebagai orang Islam tidak ada walau seinci pun aspek kehidupan manusia yang subjektif sifatnya. Semuanya ada ukuran dan aturannya, ukuran dan aturan Allah swt. Berikan kepada saya satu contoh perkara yang dilepaskan oleh Allah swt atas penilaian selera manusia! Berikan!!!

Wan Nor Azriq said...

Encik/Cik/Puan/Encik+Puan+Cik/Anonymous,

Berikan,berikan,berikan,saya seorang Hamlet yang Tuhan anda boleh ciptakan.

Aidil Khalid said...

Azriq,

Ilham dan kegeniusan yang ada pada Shakespeare itu sendiri datangnya dar Tuhan. Justeru setiap pengarang memang tidak boleh lari dari tunduk kepada perintah dan larangan Tuhannya.



Anonymous,

Mengatakan bahawa (i) “tidak ada walau seinci pun aspek kehidupan manusia yang subjektif sifatnya”, sebenarnya tidaklah sama degan mengatakan bahawa (ii) “semuanya ada … ukuran dan aturan Allah swt”.

Saya bersetuju dengan pernyataan (ii) kerana memang jelas sekali tak satu hal pun yang akan terlepas dari penilaian Allah swt kelak, bahkan yang sekecil zarah sekalipun; tetapi saya tidak bersetuju dengan pernyataan (i) kerana di kalangan para ulama pun bahkan wujud perbezaan dalam perkara khilafiyyah. Perbezaan pendapat akan jadi hikmah kalau saja manusia tahu saling menghormati sudut pandang penilaian masing-masing dan tidak menggunakan “lesen falsafi” untuk mengkafirkan semua orang yang tidak berpendirian sama.

Untuk cabaran saudara agar saya kemukakan satu perkara yang mana manusia boleh membuat penilaiannya, maka izinkan saya babadkan mengenai kisah Imam Syafie ketika beliau mengimamkan solat subuh di masjid Imam Abu Hanifah lalu beliau tidak berqunut kerana menghormati pendirian Abu Hanifah (yang setelah membuat penilaian terhadap nas-nas sedia ada, merumuskan bahawa tidak ada qunut di waktu subuh).

Wan Nor Azriq said...

Adakah perintah dan larangan itu yang menulis untuk Shakespeare atau Shakespeare sebenarnya yang menulis di atas larangan dan perintah itu?

Anonymous said...

Terima kasih atas respon. Subjectivisme bukan merujuk kepada perkara-perkara furuq (hal-hal ranting dalam Islam seperti bacaan qunut, atau tahlil atau talkin. Sebaliknya subjektivisme adalah ideologi yang berpegang pada prinsip tiada ukuran yang pasti dan mutlak. Ukuran yang benar menurut subjektivisme adalah pilihan (citarasa) peribadi manusia. Ia adalah PRINSIP DASAR. Soal qunut, tahlil atau talkin bukan prinsip dasar. Itu perkara-perkara ranting.

Anonymous said...

Dalam pemahaman tentang seni dan sastera, subjektivisme tidak sekali-kali mendapat tempat di sisi Islam. Sila rujuk Ayat 5 Surah Al-Alaq-yang menyeru supaya setiap penulisan (qalam) diasaskan kepada matlamat menyampaikan kebenaran. Sila rujuk 3 ayat akhir Surah Assyuara'- apabila Allah mengutuk penyair yang sesat bermain-main dengan kata-kata, dan memisahkan mereka daripada penyair soleh. Sila rujuk ayat terakhir Surah Yusuf- apabila Allah menegaskan bahawa cerita dalam al Quran bukan fiksyen dan tujuannya adalah memberikan pengajaran.
Dimana letakknya SIFAT SUBJEKTIF dalam ayat-ayat Al Quran tentang seni dan sastera ini?

Aidil Khalid said...

Maka persoalannya, apakah "keindahan dalam karya seni" itu merupakan persoalan pokok atau persoalan ranting? Sayak katakan ia perkara ranting. Dan lanjutan dari itu, persoalannya lagi, apakah seseorang seperti saya yang menegaskan bahawa “keindahan dalam karya seni” itu tidak mungkin diukur secara mutlak menggunakan kayu ukur tetap – yakni suatu perkara ranting dan bukan pokok – maka adil untuk sdr menghukum saya sebagai pendokokong faham relativisme? Janganlah terlalu cepat menarik konklusi yang bukan-bukan dan terlalu jauh dari isu asal.

Saya kira modus operandi yang sama juga saudara gunakan untuk menarik konklusi yang jauh, dari beberapa potong ayat Quran yang sebenarnya sangat jelas maksudnya. Tetapi sebelum itu, perlu juga dipersoalkan, adakah saudara berkelayakan yang cukup untuk mentafsirkan kalam Tuhan seperti itu? (dalam hal ini kalau mengikut Hamka, syaratnya sangat tinggi – mestilah mahir berbahasa Arab dalam segala selok-belok, tahu dan faham tafsir orang-orang terdahulu, tahu asbabun nuzul, tahu nasikh dan mansukh, tahu ilmu hadis, tahu ilmu fiqh dan seterusnya dan seterusnya - apakah saudara cukup syarat?)

Saya sendiri sangat jauh dari berkelayakan untuk mentafsirkan ayat quran, tetapi mengenai ayat-ayat yang saudara petik itu, saya bertaqlid kepada tafsir karangan Hamka, dan saya menerimanya memandangkan beliau sendiri, selain seorang ulama besar nusantara, juga merupakan seorang sasterawan. Tidak satu pun dari menurut apa yang ditafsirkan oleh Hamka itu “mewajibkan” untuk mengukur “keindahan dalam karya seni” menggunakan kayu ukur tetap; atau mengukum sesat siapa-siapa yang mengatakan bahawa “keindahan dalam karya sastera” itu subjektif.

Ayat 5 surah al-‘Alaq membicarakan tentang hakikat wahyu, bahawa Allah mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya – rujuk kepada asbabul nuzul juga. Sewaktu ayat tentang para penyair dalam surah Asy-Syuara’ diturunkan pula, salah seorang sahabat nabi berasa sedih kerana beliau juga seorang penyair. Lalu kemudian turunlah pula ayat berikutnya, yang mengatakan “kecuali mereka yang beriman”. Justeru hal ini jelas menunjukkan sorotannya kepada individu penyair itu sendiri, sama ada beriman atau tidak, dan bukan kepada aspek bagaimana mengukur hasil syiir-syiir yang dihasilkan. Ayat dalam surah Yusuf membicarakan tentang al-Quran yang menyampaikan kisah-kisah benar untuk dijadikan pengajaran – di manakah pula larangannya untuk menulis karya sastera?

(Sekali lagi, saya tegaskan bahawa saya sendiri tidak berkelayakan untuk mentafsir, saya sekadar bertaqlid kepada tafsiran Hamka).

Saya tidak akan membalas lanjut sebarang komentar oleh sdr Anonymous kerana saya malas melayan orang yang tidak berani menampilkan identitinya (suatu pengkhianatan terhadap tradisi keilmuan). Tetapi sekiranya sdr Anonymous mahu berbicara lanjut, dijemput untuk menambah saya sebarai rakan dalam facebook saya, dan kemudian kita boleh berbincang di situ – saya pernah menulis nota mengenai isu sama di sini:

www.facebook.com/note.php?note_id=10150395608911420

Saya lebih selesa berbincang dengan orang bertanggung jawab. Salam hormat.

Anonymous said...

Saya baru sedar bahawa sebenarnya yang anda maksudkan dalam pandangan anda bukanlah subjektif-subjektivisme, tetapi sebenarnya ialah lapis-lapis dalam tafsiran. Justeru saya sarankan anda jangan menggunakan istilah "subjektif" atau "subjektivisme" kerana kedua-dua istilah ini sangat loaded dalam konteks pemahaman orang Barat. Gunakan sahaja istilah lapis-lapis makna (walaupun mungkin kedengaran tidak gah tetapi inilah perkataan yang tepat menggambarkan apa yang anda fahami itu). Kalau begitu, dengan ikhlas saya sarankan anda dan Azri belajar secara formal pengajian dan kesusasteraan Inggeris untuk memahami maksud sebenar istilah-istilah yang orang Barat gunakan, sebelum menggunakan dalam tulisan anda berdua.

Wan Nor Azriq said...

Encik/Cik/Puan/Tuan/Anonymous,

Saya tertarik apabila anda katakan yang subjektif itu datang dari ajaran Barat atau, lebih tepat,kesusasteraan Barat.Okay,mari kita bincang pasal itu memandangkan anda nampaknya sangat arif tentang sastera Barat.

Ada dua benda anda harus jelaskan pada saya:

Pertama,dari kacamata sastera Barat,atau dalam kata lain,dari kacamata sekular,sila terangkan konsep subjektif dalam sastera.

Kedua,memandangkan anda sangat menentang prinsip subjektif yang dipegang oleh mereka,maka sila keluarkan hujah,dengan detail,yang akan meruntuhkan kanon sastera Barat.

Saya andaikan awak seorang pengkritik,maka sebagai pengkritik awak sudah tentu ada kanon awak sendiri.Kanon penulis-penulis Islam yang genius.Okay,ini lah peluang awak keluarkan mereka dari saku awak.Letakkan mereka sebelah dengan penulis-penulis Barat dan jelaskan pada saya siapa seniman yang lebih hebat.

Oh ya,tuan Anonymous,permintaan saya ini bukan untuk menentang semua hujah awak terhadap Aidil di atas.Dan saya tidak berminat untuk tahu hujah-hujah Islamik awak.Tapi apabila awak buka topik tentang subjektiviti Barat dan mengatakan ia datang dari ajaran formal sastera Barat,maka saya andaikan anda tahu untuk "berfikir" secara sekular seperti mereka.Maksudnya anda benar-benar faham "estetika Barat." Maka sila terangkan sebagai seorang sekular walaupun anda bukan sekular tetapi sekadar pengecut yang tidak tahu adab perbincangan.

Anonymous said...

Azriq, hujah-hujah saya memang akan Islamik sifatnya, kerana saya sendiri seorang Islam yang yakin dan berpegang dengan agama saya. Oleh kerana awak tidak berminat dengan hujah-hujah Islamik, maka tak perlulah saya membuang masa saya. Untuk diri saya sendiri, cukuplah saya mengerti dengan jelas sekarang bahwa awak dan Aidil sebenarnya tidaklah memahami dengan tepat dan mendalam konsep-konsep barat yang awak berdua perkatakan. Pembaca yang datang dari latar kesusasteraan Inggeris akan faham apa yang saya maksudkan ini. Mungkin pembaca yang naif tentang sastera Barat saja yang kagum dengan anda berdua. Adios!!!

Wan Nor Azriq said...

Encik/Tuan/Puan/Anonymous,

Anda kata anda sangat arif dengan sastera Barat,tetapi apabila minta memberikan contoh dan hujah anda cabut lari.

Dan anda ingin bercakap tentang sastera Barat dari kacamata Islamik,tetapi pada masa sama,anda kata anda sangat faham pandangan alam mereka.

Ternyata anda sendiri keliru dan nampaknya tidak ada ilmu pun tentang sastera Barat.

Anonymous said...

Kasihan...
Jiwa yang hampa,
Tergantung-gantung di udara,
Barat tak kemana,
Islam tak terjumpa,
Hidup teraba-raba,
Dilema bangsa terjajah,
Tiada tersudah....

Nuruddin Azri ibn Zulkifli said...

salam.nice post.

besarlah harapan saya untuk admin blog ini supaya me'link'kan blog saya pada blog ini.cukuplah sekadar pautan itu.dan saya sendiri pun sudah linkkan blog ini di dalam blog saya.

moga sama2 dpt kongsi ilmu utk menegakkan Islam dan meneruskan hunusan pena2 dakwah.

apa2 pun semuanya tertakluk kepada admin blog ini sama ada handak bersetuju dgn perkongsian ini atau tidak.

sama2 dpt manfaat.

boleh lawati saya di

http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/

Anonymous said...

* ketuk -ketuk *
anonymous, kamu kah yang menulis aligupit?



"anonymous 2"

Anonymous said...

Anonymous 2, kepala hotak hang!! Tak yah nak serkap jarang.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP