Wednesday, July 18, 2012

Editing II: Ketahui Hak Anda Sebagai Karyawan

Saya percaya bahawa pengarang, terutamanya pengarang muda, tentunya tidak asing dengan senario seperti ini: apabila mengirimkan karya, mereka dinasihatkan agar memberikan sepenuh kepercayaan kepada kepakaran para editor untuk memperindahkan manuskripnya. Bahawa kononnya editor memiliki hak sepenuhnya, sebagai wakil penerbit, untuk melakukan segala perubahan dan pencantasan dan pemotongan terhadap karya tersebut atas alasan, antara lainnya, untuk memberikan kejelasan, kelunakan, dan lain-lain lagi alasan yang muluk-muluk, serta juga kerana editor dikatakan lebih tahu tentang kehendak pasaran.

Tetapi persoalannya, bagaimana sekiranya karya itu sebagai sebuah karya seni sebenarnya tidak dimaksudkan pun untuk kejelasan, kelunakan dan lain-lain lagi kemulukan yang seringkali dilaung-laungkan itu; sebaliknya ada kalanya kekaburan, kekerasan dan kejahatan malah boleh juga jadi falsafah keindahan dalam kesenian? Dan sekiranya ia dijelaskan dan dilunakkan dan dimulukkan oleh editor, maka kesannya sebagai hasil seni akan hilang diranapkan oleh tangan editor yang berkuasa?

Sebagai tamsilan, bolehkah anda bayangkan bagaimana agaknya kalau gatra segar hasil sentuhan genius penyair (muda) Chairil Anwar cuba dilunakkan? Cuba bayangkan sekiranya – “aku ini binatang jalang, dari kumpulannya terbuang” – diubah dan dilunakkan oleh editor, yang mungkin saja mapan dan berpengalaman, tetapi ternyata gagal memahami hasrat sebenar pengarang, sehingga menjadi – “saya ini manusia muluk, dari jemaahnya diraikan.”

Nah, dalam hal inilah para pengarang, terutamanya pengarang muda, harus segera bangkit dan jangan selamanya menyerah mengiyakan sahaja segala indoktrinasi bahawa kononnya editor mempunyai hak untuk mengubah karya sewenang-wenangnya tanpa sekurang-kurangnya terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pengarang. Bangkitlah atas nama karyawan -- wahai pengarang-pengarang sekalian -- bangunlah atas nama seniman, berdirilah atas nama keindahan, bersuaralah atas nama jiwa yang merdeka, bahkan bertempiklah dengan tegas dan yakin dan berani atas nama undang-undang dan kebenaran!

Di Malaysia, kita sememangnya belum ada sebarang precedent yang jelas berkenaan kedudukan hak pengarang-editor-penerbit untuk melakukan perubahan terhadap kandungan dan gaya bahasa sesebuah karya – mungkin kerana sifat para pengarang kita yang seringkali pasif dan takut untuk bersikap litigious sehingga membuatkan lebih ramai yang rela makan hati dan berdiam diri daripada membawa kes ke mahkamah untuk ditentukan kedudukannya. Tetapi, sebenarnya sudah ada sebuah kes dengan prinsip sama dalam bidang senirupa, yang melibatkan salah seorang tokoh seniman kita, Allahyarham Syed Ahmad Jamal. 

Di dalam kes Syed Ahmad bin Jamal v Dato Badar Kuala Lumpur [2011] 2 CLJ 569 itu, mahkamah tinggi dengan tegas telah memutuskan bahawa karyawan memiliki hak moral agar karyanya tidak diubah sewenang-wenangnya oleh pihak lain, dan sebarang perubahan terhadap karya seni hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada karyawan yang menghasilkannya. Dalam hal ini Yang Arif Dato Azhar Mohamed di dalam alasan penghakimannya di muka surat 584 laporan, telah bersetuju dengan keterangan daripada saksi pakar Plaintif yang menyatakan seperti berikut: “Above all, it is entirely wrong to make any kind of alteration without the consent of the artist.”

Apa yang belaku dalam kes tersebut, secara ringkasnya, adalah Syed Ahmad Jamal telah dilantik untuk menghasilkan sebuah karya berbentuk arca yang diberi tajuk Lunar Peaks. Arca ini, setelah siap, telah kemudiannya diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menjadi hak milik ekslusif DBKL. Pihak berkuasa tempatan itu seterusnya telah mengubahsuainya, atas alasan, untuk memperindah dan memulihara arca tersebut, tetapi tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Syed Ahmad Jamal. Seniman negara tersebut yang tidak berpuas hati atas pengubahsuaian itu telah menghantar notis tuntutan meminta agar arca itu dikembalikan kepada bentuknya yang asal, tetapi DBKL nampaknya berdegil, dan berdolak-dalih memberi alasan antara lain bahawa arca itu telah diberikan kepada DBKL, dan oleh itu menjadi hak milik mutlak DBKL. Lantaran itulah saman tuntutan telah difailkan di mahkamah oleh Syed Ahmad Jamal untuk diputuskan melalui proses undang-undang.

Ketika memutuskan kes ini, mahkamah bukan sahaja telah memberikan penghakiman yang menyebelahi Syed Ahmad Jamal dan sekaligus mengabsahkan hak moralnya sebagai karyawan – bahawa karyanya itu tidak boleh diubah oleh mana-mana pihak, walaupun karya itu telah menjadi hak milik DBKL – tetapi mahkamah juga bahkan telah pergi lebih jauh lagi dengan mengarahkan DBKL membayar pampasan ganti rugi sebanyak RM750,000.00 kepada Syed Ahmad Jamal atas kebiadaban DBKL itu!

Berkenaan dengan hak moral seseorang karyawan, Yang Arif Arif Dato Azhar di bahagian awal penghakimannya telah menyatakan bahawa salah satu elemen yang dilindungi oleh undang-undang adalah integriti sesebuah karya, yakni integriti agar tidak diubah, dan seterusnya mengulas lanjut seperti berikut:-

"The right of integrity is the right to object to derogatory treatment of the work, or any part of it. The basis of this authorial prerogative is that the artist, through the act of creation, has embodied some element of his creation in the work, which ought to be protected from distortion or mutilation."

Nah, sekiranya prinsip yang sama digunapakai terhadap karyawan sastera, maka keputusan dalam kes di atas amat penting – bahkan menjadi penanda aras – dalam menyatakan secara tuntas tentang batas-batas hak di antara penulis-editor-penerbit. Bahawa walaupun editor diberi kuasa untuk mengedit, mengubah, dan memotong untuk penambah-baikan sesuatu manuskrip, tetapi kuasa itu hendaklah dilakukan dengan mendapat perkenan daripada pengarang terlebih dahulu. Editor dilarang mengubah apa-apa tanpa sekurang-kurangnya memberitahu pengarangnya.

The proper procedure,” begitulah menurut keterangan saksi pakar yang kesaksiannya telah diterima oleh Yang Arif Dato Azhar di muka surat 577 laporan penghakiman, “would be for Bandaraya to at least contact the artist to have whatever damaged or vandalised parts of the sculpture rectified….” 

Barangkali sudah tiba masanya untuk para pengarang bangun dan sedar tentang hak-haknya, terutama hak moralnya, agar tidak diperkotak-katikkan bentuk dan makna karyanya oleh individu-individu yang tidak memahami sastera tetapi masih mahu menjadi editor sastera. 



*Foto diambil dari www.jalantelawi.com

2 comments:

gw2 gold said...

Bahawa walaupun editor diberi kuasa untuk mengedit, mengubah, dan memotong untuk penambah-baikan sesuatu manuskrip, tetapi kuasa itu hendaklah dilakukan dengan mendapat perkenan daripada pengarang terlebih dahulu. Editor dilarang mengubah apa-apa tanpa sekurang-kurangnya memberitahu pengarangnya.guild wars 2 gold
cheap gw2 gold

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP