Wednesday, January 02, 2013

Retrospek: Tahun yang Lalu, Kesusasteraan, Wajah-Wajah, dan, err... Hipokrasi

I

Cabaran utama sebagai pengarang muda di Malaysia pada hari ini, sekurang-kurangnya pada taakulan dan fikiran saya yang cetek ini, ialah anda tak boleh memberikan pendapat atau kritikan secara berterus terang. Kalau anda hendak memberikan pendapat atau kritikan juga, maka ia mestilah diberikan dengan cara yang menyembah-nyembah dan merangkak-rangkak. Menyembah institusi itu dan institusi ini; merangkak-rangkak di hadapan pegawai itu dan editor ini; menyanjung-nyanjung dan mengipas-ngipas, sebelum sampai kepada perkara yang ingin anda sampaikan itu.

Kerana kalau tidak, anda akan dicap biadap dan tak tahu mengenang budi; anda juga akan dikatakan mengkritik hanya semata-mata atas dasar tak berpuas hati; dan tak kurang juga anda akan dituduh bersuara lantang kerana marah apabila karya anda yang belum cukup bagus itu, tidak diterbitkan oleh editor – seolah-olah kritikan yang anda sampaikan itu cuma semata-mata beragenda peribadi dan bukan untuk kepentingan kesusasteraan secara keseluruhan.

“Dan alangkah indah kehidupan,” kata pengarang genius Pramoedya Ananta Toer, “tanpa merangkak-rangkak di hadapan orang lain.”

Tapi mereka yang begitu tak gemar apabila pengarang muda bersuara secara lantang itu – kerana ingin menjaga periuk nasi dan status quo diri dan kaum kerabat sendiri – mereka ini bacakah karya-karya Pramoedya?

II

Tahunnya adalah 2008.

Dan saya masih ingat, ketika itu di menara Dewan Bahasa dan Pustaka. Usai saja majlis di tingkat atas, dan tiba waktu makan tengah hari di tingkat bawah, seorang sarjana sastera yang juga merupakan pengarang wanita mapan lagi terkemuka tanah air, datang mendekati saya. Beliau memberikan komentarnya – atau lebih tepat kalau disebut meluahkan ketidaksetujuan dan bangkangan kerasnya – terhadap gaya penulisan novel pertama saya, yang telah beliau baca sehingga habis.

“Jangan sesekali kamu menulis,” begitu kata beliau dengan tegas kepada saya, “mengikut cara dan falsafah kepengarangan Shahnon Ahmad.”

Beliau, yang juga sering dilantik menjadi panel penilai untuk hadiah-hadiah kesusasteraan berprestij tanah air, kemudiannya menyambung lagi: “Shahnon itu pengarang yang sudah terkenal – dia itu sasterawan negara – maka kalau dia tulis dengan caranya, seperti dalam novelnya Tivi misalnya, melalui gagasan kesusasteraan sebagai cerminan masyarakat-nya itu, maka pembaca dan khalayak akan berusaha menggali makna dan falsafah di sebalik kisah-kisah kemasyarakatan yang dipaparkannya. Dia boleh tulis apa saja dan bagaimana saja, dan orang akan tetap menganggap ada makna dan falsafah di sebaliknya. Tapi kalau kamu,” begitu tambahnya lagi sembari memberikan penekanan di sini, “kalau kamu pengarang muda dan penulis baru yang tak ada nama serta tidak dikenali dalam lingkungan kesusasasteraan – kalau kamu tulis seperti itu – maka orang akan hanya menilai alur penceritaan yang tidak baik yang ditonjolkan, dan tidak akan mecari makna, apa lagi menggali idea dan falsafah di sebalik cerita itu.”

Tentunya tidak ada apa-apa masalah berkenaan ketidaksetujuannya terhadap novel saya itu. Siapa-siapa sahaja – baik itu pembaca biasa atau itu sarjana terhormat – berhak untuk mengkritik karya mana-mana pengarang yang tidak disukai. Itu adalah hak yang tidak boleh disangkal. Dan pengarang tak berhak untuk marah. Seperti saya, misalnya, yang tidak menyukai novel Sangeetha karya sasterawan mapan Azizi Hj. Abdullah yang plotnya amat lembab dan alangkah membosankan; seperti juga saya, misalnya lagi, yang tidak menyukai novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck karya klasik moden ulama terkemuka nusantara, Hamka, yang pada saya keterlaluan mendayu-dayu dibuat-buat melankolik; atau seperti juga saya, misalan seterusnya lagi, tidak menyukai Pujangga Melayu karya Mohd Affandi Hassan, yang cuba memaparkan keintelektualan penceritaan tetapi dirasakan amat tempelan sifatnya. Kerana sesebuah karya itu, sebaik-sebaik sahaja terbit, akan menjadi milik khalayak sama ada untuk menyukainya atau tidak menyukainya, sama ada untuk mengkritiknya atau untuk menyanjunginya. Justeru, buat saya sekurang-kurangnya, memangnya tidak ada apa-apa masalah untuk siapa-siapa sahaja mengkritik atau mengomentari bahkan untuk tidak menyukai karya-karya saya. Itu adalah hak mutlak mereka, dan saya akan menerimanya dengan berlapang dada. Lebih-lebih lagi untuk karya pertama yang sudah barang tentu dipenuhi dengan kelemahan yang banyak, serta gaya kepengarangan yang rapuh dan kebudak-budakan.

Pun, apa yang menjadi kejanggalan – dan inilah yang sebenarnya menjadi kerisauan saya sekian lama, bahkan sehingga ke hari ini pun – adalah kerana sarjana sastera yang juga merupakan pengarang mapan terkemuka yang menegur saya itu, secara tak langsung melalui kata-kata nasihatnya di atas, sebenarnya telah menegaskan dan menciptakan perbezaan kasta di antara pengarang baharu dengan pengarang mapan. Hal ini berlaku sama ada disengajakan ataupun tidak disengajakan.

Bahawa untuk pengarang yang sudah ada nama, dia dibolehkan untuk mengolah kepengarangan dengan gagasan dan langgam penceritaan melalui segala macam ragam dan gaya – kerana para pembaca dan khalayak penelaah akan menggali makna di sebalik setiap baris ayat yang dikarang (‘sasterawan mapan tak mungkin menulis bahkan satu patah perkataan sekalipun yang sia-sia tanpa makna,’ katanya) – sedangkan bagi pengarang baharu pula, seperti saya, adalah lebih baik menulis secara langsung dan terus sahaja, yakni utamakan isu dan tema serta idea yang jelas ketimbang pengolahan penceritaan yang berlapik dan berlapis-lapis, dan jangan terlalu berlanggam-langgam dengan kisah-kisah kebobrokan masyarakat, kerana khalayak tidak akan menggali makna dan falsafah daripada pengarang baharu.

Buat mereka, begitulah kurang lebih siratan makna yang boleh dikutip daripada kata-kata sarjana dan pengarang mapan terkemuka yang sering menjadi panel penilai itu, penceritaan pengarang baharu dianggap tidak ada idea dan falsafah, melainkan sekiranya idea dan falsafah itu ditonjolkan dengan terang dan jelas lagi mudah dihadami pembaca.

Maka kita pun berfikir: dari sekian banyak hadiah dan anugerah yang telah ‘dinilai’ oleh sarjana dan pengarang mapan terkemuka itu, agak-agaknya berapa banyakkah karya pengarang baharu yang ditolak ke tepi, dipandang sebelah mata, dibaca sekali lalu sahaja, tanpa dinilai dengan lebih mendalam dan saksama melalui pemerhatian yang lebih rinci?

Dan apakah kita masih mahu menjadikan kemenangan dalam hadiah sastera sebagai penanda aras bagi menetapkan kelayakan seseorang pengarang, sebelum diberikan ruang karyanya terbit dalam sesebuah majalah arus perdana?

III

Chairil Anuar dianggap sebagai penyair besar. Tapi sajak-sajaknya yang dianggap besar itu dikarangnya pada ketika umurnya masih 20-an. Dia mati dalam usia 27.

A. Samad Said dianggap sebagai sasterawan besar. Dia bahkan diangkat sebagai sasterawan negara. Karyanya yang dianggap paling memberikan kesan adalah novel sulungnya, Salina, yang ditulis ketika beliau baru berusia 23 tahun.

IV

Saya baru perasan, ketika mengemas buku-buku yang bersepah di bilik pada cuti tahun baru – dan menemui lebihan majalah S.O.S – bahawa sudah lebih satu tahun rupa-rupanya majalah S.O.S tersebut dibengkalaikan penerbitannya. Sengaja saya menggunakan imbuhan di dan bukan ter. Lebih satu tahun. Bererti lebih tiga ratus enam puluh lima hari. Alangkah waktu berlalu dengan sangat cepat. Dan alangkah sesetengah orang memang tak layak diberikan kepercayaan dan tanggungjawab.

Untuk mereka yang mengikuti, tentunya akan tahu bahawa majalah S.O.S diterbitkan secara indipenden oleh sekelompok entusias seni dan kesusasteraan, yang majoritinya terdiri daripada golongan muda. Saya sendiri turut terlibat dengan penerbitannya, tetapi sekadar sebagai salah seorang kolumnis sahaja. Master mind utamanya adalah Wan Nor Azriq yang menjadi ketua pengarang; manakala Ainunl Muaiyanah pula sebagai editor. Pihak-pihak lain yang terlibat ketika itu, baik secara langsung atau tak langsung, adalah nama-nama seperti Hani Salwah Yaakup, Rebecca Ilham, Fadli al-Akiti, Nissa’ Yusof, dan selaku tuan penasihat, Sinagaga.

S.O.S diterbitkan dalam keadaan yang serbi-serbanya kekurangan – tanpa sumber kewangan yang cukup, tanpa tenaga gerak kerja yang berpengalaman, dan tanpa alatan kemudahan yang canggih. Tetapi dalam serba kekurangan itulah sekelompok entusias ini berasa terdorong untuk menerbitkan S.O.S, atas kesedaran bahawa sesuatu perlu dilakukan terhadap arena kesusasteraan, di mana aliran arus perdananya semakin dirasakan agak sedikit elitis dan tidak inklusif sifatnya, dan lebih-lebih lagi apabila majalah terbitan DBP tiba-tiba dihentikan cetakan atas masalah dan pergelutan dengan Dawama.

Maka, ketika nama S.O.S dipilih sebagai nama majalah baharu tersebut – yang membawa erti Suara Orang Seni – nama tersebut diharapkan dapat benar-benar menampung keinklusifan kesusasteraan yang lebih sejagat. Lihatlah sahaja bagaimana terbitan pertamanya menyiarkan gabungan daripada karya-karya para pengarang mapan dengan para pengarang muda; dan cantuman di antara tulisan-tulisan berbentuk dan beraliran arus perdana dengan yang alternatif – maka kita pun menemui nama-nama seperti Aisyah Husein Rais, Pei Pan, Megat Guido, Ridhwan Saidi, Nami, diangkat sebaris dengan nama-nama seperti Roslan Jomel, Agi, Marsli N.O., Fadli al-Akiti, dan juga budayawan mapan Raja Ahmad Aminullah. Bahkan fokus utama penerbitan pertamanya mengangkat tema “Rebel Suara Baru”.

Sayang sekali, penerbitan yang dimulakan melalui modal pinjaman daripada Sindiket Soljah ini, kemudiannya telah dibengkalaikan oleh editornya. Terbitan keduanya tak muncul-muncul, entah kenapa.

Ah, khabarnya hasil-hasil karya daripada para pengarang dan penyumbang telah pun dikumpulkan dan mencukupi untuk terbitan kedua. Bahkan semuanya telah ada dalam simpanan editornya, Ainunl Muaiyanah, dan tinggal untuk diterbitkan sahaja. Tapi editornya terus menagguh-nangguh. Entah kenapa. Setiap kali ditanyakan, beliau memberikan pelbagai alasan.

Dan duit yang dipinjam daripada Sindiket SolJah entahkan sudah dibayar semula entahkan sudah hilang lesap. Dan duit-duit hasil jualan majalah S.O.S terbitan pertama itu pula entah ke mana menghilangnya.

V

Mutakhir ini, yakni empat atau lima tahun kebelakangan ini, ada semacam gelombang di mana para pengarang berlumba-lumba menulis karya-karya cereka yang tidak bercerita, sebaliknya hanya bersyarah dan berkhutbah berjela-jela. Ini merupakan sesuatu yang amat janggal, kerana cereka itu – terutamanya cerpen – sepatutnya berasaskan kepada cerita. Bahkan cereka itu sendiri bererti cerita rekaan; dan cerpen pula adalah cerita pendek.

Hal ini berlaku, mungkin, kerana hal seperti yang telah disebutkan dalam bahagian II di atas. Bahawa yang dicari sekarang ini, terutamanya dalam kesusasteraan arus perdana, adalah idea atau pesan atau gagasan atau kepintaran atau keintelektualan yang ingin dipaparkan oleh seseorang pengarang itu, dan bukannya sedap atau tidak sedapnya cerita yang ingin disampaikan. Maka lahirlah generasi pengarang yang mengarang cerpen yang tidak ada cerita, sebaliknya hanya perbualan dua watak yang berbahas dan berdialog berjela-jela di kafe-kafe sambil mengecap secawan kopi dan teh, tentang isu-isu palestin, misalnya, atau isu-isu budaya, contohnya lagi. Dan apabila hal ini dikritik, maka pengarang itu akan membalas dengan mengatakan, ‘Janganlah dilihat hanya kepada dialognya sahaja, lihatlah juga kepada metafora-metaforanya.’ Metafora apa? Tanya pengkritik. ‘Mengangkat cawan kopi, itu kan metafora; jelingan mata watak, gambaran sekeliling kafe tempat dialog di antara watak, itu semua juga kan metafora,’ kata pengarang itu lagi.

Duhai!

Tetapi permintaan – atau kata orang putih demand – untuk menang dalam hadiah-hadiah sastera berprestij menyebabkan pengarang-pengarang berlumba-lumba menghasilkan karya-karya seperti itu. Lihatlah laporan-laporan penilaian yang lebih banyak membicarakan tentang tema dan ideologi dan falsafah dan budaya dan mesej dan keintelektualan dalam karya-karya yang diangkat sebagai pemenang, ketimbang memberikan tumpuan yang sepatutnya terhadap gaya kepengarangannya dan olahannya dan stailnya yang distinktif ataupun tidak.

VI

Ketika menulis catatan ini, saya sedang membaca jilid kedua dari autobiografi pengarang Doris Lessing. Apa yang menarik berkenaan kehidupan beliau yang diceritakan dalam buku itu secara terperinci, ialah hakikat bahawa pada tahun-tahun 50-an dan ketika era perang dingin di antara blok barat dan komunis dahulu, Lessing merupakan ahli aktif gerakan komunis di London. Beliau mengikuti kegiatan-kegiatannya, bahkan memegang peranan dalam sayap kesusasteraan parti itu.

Kesuasteraan, seperti yang kita tahu, sememangnya diberikan penekanan penting dalam perjuangan komunis. Pengarang dan seniman, menurut Lenin, adalah jurutera yang berperanan membangunkan jiwa masyarakatnya. Justeru karya-karya yang dihasilkan hendaklah dan mestilah selari dengan kehendak untuk kebangunan masyarakat itu. Dan jika seseorang pengarang itu menulis sesuatu yang menyimpang dari idealisme komunis, dia akan diberikan tekanan, bahkan disingkirkan.

Pun, yang menariknya ialah kerana sungguhpun Lessing diberi peranan dan tanggungjawab terhadap sayap kesusasteraan parti itu, tetapi beliau sendiri sebenarnya tidak bersetuju dengan prinsip dan faham kesuasasteraan sedemikian. Hal ini kerana, yang diberi tumpuan bagi menilai baik atau tidaknya sesuatu hasil kesusasteraan itu adalah ideologinya, dan sekiranya ideologi yang diangkat tidak sefahaman dan selari dengan keinginan dan kehendak komunis, maka betapapun baik dan indah olahannya, ia tetap akan dianggap sebagai tidak baik.

Doris Lessing tidak bersetuju dengan cara penilaian yang terlalu simplistik seperti ini, sungguhpun pada ketika itu beliau sendiri merupakan seorang komunis.

VII

Menilai hasil kesusasteran itu adalah seumpama kita menilai keindahan pada sesuatu hasil lukisan dalam bidang senirupa.

Apabila kita menilai sesebuah lukisan, apakah kita hanya menilai kepada objek yang diangkat ke dalam lukisan itu semata-mata; ataukah kita melihat kepada keseluruhan hasil lukisan itu – stroknya, pilihan warnanya, dan sebagainya? Apakah sesebuah lukisan yang memaparkan gambar masjid akan menjadi cantik dengan sendirinya – atas hakikat ia mengangkat gambaran dan mesej ke-Islaman – ataukah yang menjadikannya cantik sebenarnya bukanlah masjid itu, sebaliknya stroknya dan pilihan warnanya dan garisan-garisannya dan lain-lain cara olahan lagi?

Tamsilan seperti ini sebenarnya saya pinjam daripada Wan Nor Azriq. Dan saya amat bersetuju dengan pandangan beliau itu.

Seseorang pelukis itu boleh memilih objek apa pun untuk diangkat dalam lukisannya. Maka seorang pelukis yang baik bahkan boleh melukis sampah-sarap yang kotor – tetapi dengan teknik dan sudut dan strok yang mahir, lukisan itu tetap boleh menjadi indah.

Seperti juga seseorang pengarang itu boleh mengangkat tema apa pun dalam karyanya. Tidak semestinya hanya dengan mengangkat tema-tema yang gah sahaja – seperti kebudayaan atau keintelektualan atau keantarabangsaan – barulah karya itu boleh dianggap baik dan bermutu. Dan tak sepatutnya juga timbul persoalan seperti karya itu tidak bagus kerana ia mengangkat ideologi syiah, misalnya; atau karya itu tak wajar diangkat kerana mengangkat fahaman wahabi, contohnya lagi; atau karya itu tak sepatutnya diberikan tempat kerana menyebarkan fahaman yang tidak arus perdana, tamsilannya lagi.

Kerana tanpa sedar, apabila kita membuat penilaian kepada inti atau isi yang diangkat – tanpa memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap olahan dan gaya keseluruhannya – maka kita sebenarnya telah menjurus kepada cara penilaian tertutup yang lebih mementingkan propaganda, seperti pada era komunis dahulu.

VIII

Adalah lebih mudah untuk seseorang yang dikritik, untuk menolak ke tepi pandangan pengkritiknya itu, dan menuduh bahawa orang itu sebenarnya dengki kepadanya. Tetapi ini cumalah sebuah penafian yang tidak menjawab kritikan. Penafian seperti ini tidak ada nilainya apa-apa.

IX

Oh, dia memang selalu petah bercakap. Bahkan kalau bercakap, kata-katanya tak pernah berhenti. Kadang-kadang dua tiga ayat dilarutkan sekaligus. Nafas bersambung nafas bersambung nafas bersambung nafas dan bersambung nafas berterusan. Kerana dia memang becok. Tetapi kerana kebecokannya itulah orang jadi percaya kepada dia. Dengan penampilannya yang konon-konon yakin dengan pelbagai kata-kata yang tak pernah putus-putus itu, maka dia dilantik menjadi editor.

Editor yang tak boleh diharap.

Rupa-rupanya, kalau hendak memberi tanggungjawab kepada seseorang, jangan dinilai kepada kebecokan kata-katanya – kerana seringkali orang yang banyak bercakap itu adalah daripada jenis yang cakap tak serupa bikin. Bercakap tanpa substance, kata orang putih.

Maka S.O.S pun terbengkalai.

X

Saya kira masalah dengan diri saya ialah saya membaca bermacam-macam pesan, daripada tulisan para pengarang yang telah terbukti meninggalkan jejak kepengarangan yang kukuh dan teguh – seperti misalnya Shahnon yang mengatakan pengarang tak boleh memiliki ramai kawan; atau Doris Lessing yang menegaskan bahawa kerja mengarang adalah kerja solitari dan sebarang aktiviti sosial lain adalah merupakan gangguan; atau Orhan Pamuk yang membayangkan bahawa kerja mengarang adalah kerja berkurung di dalam bilik berjam-jam di bawah bayangan imaginasi; atau Haruki Murakami yang secara jujur menyatakan beliau kekok dan tidak suka menghadiri acara-acara kesusasteraan – tetapi saya berdegil dan liat hendak mengikut nasihat-nasihat daripada pengarang-pengarang hebat tersebut. Saya masih berani untuk cuba-cuba terlibat dengan pelbagai aktiviti kepengarangan dan kesusasteraan. Itulah masalah saya, dan saya berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

14 comments:

Faizal said...

Salam Tuan Aidil,

Membaca coretan ini, ternampak unsur 'pemberontakan dalaman' jiwa muda tuan.

Saya kira ia bagus! Jiwa muda yang tidak memberontak itu, bagi saya jiwa kontang. Teruskan berontak dengan karya-karya yang lebih bagus dan bermutu mewarnai dunia kepengarangan tanahair.

Takziah S.O.S. Saya baru ingin belajar-belajar menerbitkan majalah dari penerbitan S.O.S. Sayangnya sudah 'digendalai' penerbitannya.

Mudah-mudahan ia tidak mati terus.

Aidil Khalid said...

Tuan Faizal,

Kerana saya ini muda sudah tidak lama lagi, jadi kena berontak awal-awal sebelum jadi tua. =)

Usaha tuan menerbitkan majalah sains secara online adalah usaha yang amat baik. Saya doakan semoga tuan terus tekal dengan usaha murni tersebut.

Anonymous said...

salam aidil, lama tak menjenguk laman aidil. Tahniah kerana memenangi hadiah sastera tempohari..
komentar-komentar saudara di laman ini begitu segar.. memang gaya orang muda penuh dengan konsep idealisit dan memperjuangkan kesamarataan antara yang muda dan tua (atau lebih tepat lagi yang telah ada nama)... teruskan kerana dunia sastera amat perlukan orang muda seperti saudara .. (saya tumpang bangga mengenadli saudara)

Kak Ina Marjana Ulfah

Anonymous said...

Sebab tu Hafizul yang naik pentas rupanya. Ha ha ha

Aidil Khalid said...

Kak Ina Marjana Ulfah,

Terima kasih atas ucapan dan kata-kata perangsangnya. Dan soal idealis itu mengingatkan saya kepada kata-kata Churchill, yang sering diparafrasakan semula menjadi:

"If you are not an idealist at 20, you have no heart; if you are still an idealist at 30, you don't have a head."

Saya ada setahun sahaja lagi. Eheh.



Anonymous (2:31),

Kebetulan saya punya urusan pada hari tersebut dan sahabat saya Hafizul Osman berbaik hati untuk tolong menjadi wakil.

sinaganaga said...

abang ketawa jerrrrr apabila baca bab SOS tu... HA HA HA.


SOS
noun ( pl. SOSs)
an international code signal of extreme distress, used esp. by ships at sea.
• an urgent appeal for help.
• Brit. a message broadcast to an untraceable person in an emergency : here is an SOS message for Mr. Arthur Brown about his brother, who is dangerously ill.
ORIGIN early 20th cent.: letters chosen as being easily transmitted and recognized in Morse code; by folk etymology an abbreviation of save our souls.

Anonymous said...

(y)

Anonymous said...

Dalam kumpulan cerpen Murakami 'Blind Willow Sleeping Woman', beliau ada menyatakan secara sinis sikap beliau dengan komuniti sastera Jepun. Tajuk cerpennya 'Rise And Fall of Sharpie Cakes', lebih kurang tajuknya begitu, tetapi apa yang lebih menarik adalah jawapan balas Murakami (yang saya kira senada juga dengan sdr Aidil) terhadap tanggapan kelompok penulis sastera Jepun kepadanya.

Murakami menggelar pentadbir persatuan sastera dan pengkritik sastera di Jepung sebagai '..gagak hitam yang buta kerana mereka mematuk mata sesama sendiri'.

Saya tidak pasti sama ada sdr sudah membaca karya Murakami yang ini, tetapi apabila saya membaca catatan ini sehingga habis, serta-merta cerpen Murakami yang itu timbul dalam kepala saya. Apa sahaja yang kita buat, hanya ada 3 peratus kelompok akan suka, 3 peratus lagi tidak suka dan 94 peratus, they just don't give a f@#k.

Saya tidak tahu dan saya tidak peduli apakah pendirian saudara di masa akan datang, mungkin 2-3 tahun lagi sdr akan berubah 'bentuk' pula, tetapi jadilah apa sahaja yang sdr mahu.

Saya adalah antara 3 peratus yang akan sentiasa menyukai orang yang berani melawan arus. Seperti sdr, tentunya.

zulkarnai is an Army Personel.( Aree Bihunsup Ex Service ) said...

wow hebat....memang hebat...melawan arus..ok ok

Anonymous said...

[url=http://www.23planet.com]casino[/url], also known as agreed casinos or Internet casinos, are online versions of method ("buddy and mortar") casinos. Online casinos approve gamblers to find pleasant ingredient in and wager on casino games to a t the Internet.
Online casinos normally by away up as a replacement for trade odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos aver on higher payback percentages as a cure-all representing working ploy games, and some announce payout sherd audits on their websites. Assuming that the online casino is using an well programmed unspecific concert-hall generator, recording games like blackjack roll in past an established column edge. The payout collaborative trail of these games are established on the rules of the game.
Uncountable online casinos sign on in offend or object their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Worldwide Artfulness Technology and CryptoLogic Inc.

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]casino games[/url] check the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]free casino bonus[/url] autonomous no store hand-out at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino gratuity
[/url].

fadz said...

sekurang2nya aku sempat juga memetik kata2 kau utk DS yg susah nak jumpa tu buat bulan 2, yey!

Yulia Rahmah said...

Mantap artikel nya seperti rasa Kopiluwakarabika

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP